11.11.10

Sejarah Tulisan Khat

SEJARAH 



        Khat ialah salah satu tanda kesenian Islam yang agung. Selain itu, seni khat  juga dikenali sebagai ilmu pengetahuanyang  berkaitan Islam dan kebudayaan penganut agama Islam.Seni khat juga dipercayai mula dibangunkan menjadi elemen seni semasa zaman pemerintahan Saiyidina Ali bin Abi Talib lagi, khalifah yang keempat dan menantu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang berjaya. Tambahan pula beliau adalah seorang penulis Khat yang unggul.

     Walaubagaimanapun, Penganut Islam dilarang menyatakan sesuatu  melalui ilustrasi yang melibatkan patung atau berhala. Oleh itu, kebanyakan seni Islam adalah berbentuk tulisan Khat

        Malahan, seni khat adalah unik dan berbeza dari seni-seni Islam yang lain kerana huruf-huruf boleh ditulis di dalam bentuk-bentuk yang berbeza menyebabkan kesukaran untuk dibaca.Tulisan khat Arab yang terawal dikenali sebagai khat Kufi. Tulisan ini adalah satu bentuk tulisan yang sering digunakan oleh orang Arab. Kemudian tulisan khat berkembang lagi dengan bentuk-bentuk tulisan yang lain iaitu Thuluth, Nasakh, dan Nasta'liq.

SENI KHAT

        Tulisan Arab Jawi adalah sebagai penentu kepada ciri kesenian Islam. Seni kaligrafi telah bermula sejak Islam lahir dimuka bumi ini. Hal ini kerana berdasarkan penulisan khat pertama dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke 7. Kemudian pada kurun ke 10 seni khat ini tersebar ke Parsi hasil gabungan huruf yang lebih berseni. Terdapat beberapa jenis tulisan khat iaitu khat Kufi,Naskh,Thuluth,Raq'ah dan Diwani. 

    Pada awal perkembangan seni khat, penghasilan khat berlaku dengan menggunakan pokokyang direncongkan hujungnya dan dicelup pada cecair dakwat. Kemudian ditulis pada kepingan kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang telah dijadikan kertas. 

      Tetapi berbeza pula di alam Melayu. hal ini kerana penggunaan batang pokok resam sebagai alat utama untuk menghasilkan tulisan khat. penghasilan tulisan khat terhasil dengan hujung batang pokok resam ditiruskan. Kemudian dicelupken pada dakwat dan dilakarkan pada kertas. 




No comments:

Post a Comment