10.11.10

Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi



Tulisan Jawi

Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu. TulisanJawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Sejarah

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.

1.    Sejarah perkembangan tulisan jawi

*      Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita sedia maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau. Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut.
*      Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.
*      Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.
*      Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu ke ambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993).adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga awal abad ke-20M.Dalam manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayudahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti:
*      batu bersurat,
*      manuskrip lama,
*      kertas lama,
*      majalah,
*      batu nisan,
*      bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat
*      senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar dan
seumpamanya
*      ukiran-ukiran pada masjid, istana
*      azimat dan tangkal
*      Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.
*      Ciri- Ciri Tulisan Jawi
Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :
a) bertindan secara menegak
b) ligatur
c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik
d) aksara bersambung
* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.
ü  Pengikat lelidah alat tiup. ; Bentuk notasi muzik abad ketiga belas hingga keenam belas.
ü  Aksara : Lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa untuk menyampaikanmaklumat.
Manuskrip Melayu
Apa itu Manuskrip Melayu ?
·         Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yang dihasilkan dalam lingkungan Abad ke-15 hingga awal abad ke-20.
Mengapa Ia Penting ?
·         Manuskrip Melayu Penting kerana ia adalah merupakan warisan dalam bentuk penulisan daripada zaman silam yang tidak ternilai harganya. Isi kandungannya mengandungi pelbagai ilmu yang berguna dan perkarayang meliputi fikah, tauhid, tassawuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan azimat, perubatan, firasat, tabir mimpi. Pelbagai hikayat, syair dan nazam juga ditulis. Ilmu yang dihasilkan merupakan ilmu yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan tamadun Melayu yang perlu dipelihara bagi faedah generasi kini mahupun yang akan datang.
Contoh ManuskripTerkenal
·         Hikayat Hang Tuah (Menceritakan kegagahan Hang Tuah dan rakan-rakannya berbakti dan berkhidmat untuk Sultan Melaka yang membawa kegemilangan kesultanan Melaka).
Misa Melayu
·         Sebuah karya sastera sejarah yang mengandungi sejarah tentang raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak sertamembicarakan tentang adat resam dan budaya Perak.
Sir at Al-Mustaqim
·         Disusun dan ditulis oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada tahun1044 Hijrah (1634 Masihi). Merupakan sebuah kitab fikah yang penting yang menghuraikan amal ibadat setiap muslim.
Kitab Tib
·         Membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yangmenggunakan bahan dari pokok dan tanaman yang dicampurdengan ramuan rempah, di antaranya ubat sembelit, sengugutdan meroyan.
Syair Seratus Siti
·         Mengisahkan tentang keagungan Sultan Mansur yang menjadikhalifah di negeri Baghdad dan bagaimana baginda mencari isteri untuk dijadikan permaisuri.
Hukum Kanun Melaka
·         Merupakan naskah undang-undang yang tertua sekali dan dianggap terpenting serta mempengaruhi undang-undang negeri Melayu yang lain. Membentangkan undang-undang yang meliputi pentadbiran negara, hukum jenayah dan hukum perniagaan. Perbicaraan kemudiannya diikuti dengan hukum Jong.
Cara Menyimpan
·         Usia manuskrip yang sudah lanjut memerlukan penjagaan yangberterusan dan sebaik mungkin supaya selamat dan tidakhancur. Manuskrip tidak boleh terdedah kepada pencemaranudara, seboleh-bolehnya selalu dibersihkan daripada habuk danserangga. Manuskrip yang rosak perlu dibaiki dengan dengansegera.
Peranan Masyarakat
·         Manuskrip perlu disimpan dan dijaga dengan rapi. Jikalau anda,keluarga atau sesiapa sahaja yang anda ketahui ada menyimpanmanuskrip Melayu, peranan anda adalah mengalakkan semua pihak membolehkan Pusat Manuskrip Melayu memperolehi manuskrip tersebut agar dapat disimpan dengan sempurna.
Pusat Manuskrip Melayu
·         Pusat Manuskrip Melayu, perpustakaan Negara Malaysia telahditubuhkan pada tahun 1985 dan diberikan tanggungjawabseperti berikut :-
*      Mengesan, memperolehi dan mengumpul manuskrip Melayu
dari dalam dan luar negara;
*      Mendokumenkan, menyelenggara katalog induk dan
menerbitkan bibliografi;
*      Menyediakan kemudahan menyimpan, memulihara dan
menyalin manuskrip Melayu;
*      Menyediakan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan;
*      Menyebarkan ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu
melalui penerbitan dan pameran
Semua manuskrip Melayu yang diperolehi dan dikesan dari dalamdan luar negara didokumenkan dan katalog diterbitkan. Pusat Manuskrip Melayu telah mendokumen dan menerbitkan katalog manuskrip Melayu di negara Belanda, Jerman, Perancis, Singapura dan Afrika Selatan.
Pusat Manuskrip Melayuini telah berjaya mengumpulkankoleksi berjumlah 2,940 naskah iaitu koleksi manuskrip Melayuyang terbesar dalam simpanansesebuah institusi di dunia.Semua manuskrip yang diperolehi akan melalui prosespengwasapan, disimpan dalam kotak bebas asid dalam biliksimpanan yang terkawal suhunya di antara 20-22 darjah Celsiusdan kadar kelembapannya 55%-65% sepanjang masa. Bagimanuskrip yang rosak ianya akan dibuat pembaikan.Manuskrip dalam simpanan Pusat Manuskrip Melayudibenarkan untuk rujukan dan penyelidikan supaya ilmu yangterakam dapat disebarkan dan dimanfaatkan. Usaha mengkajidan menerbitkan semula manuskrip Melayu dilakukan melalui Projek Mualim Tamu. Pusat Manuskrip Melayu juga sering mengadakan pameran dan giat menerbitkan buku, risalah dansebuah jurnal ilmiah yang dikenali sebagai Jurnal Filologi Melayu.Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untukpengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernahmencorak ketuanan Melayu di zaman pra-kemerdekaan.
Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan negara, di mana dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan masyarakat awam. Namun, akhir-akhir ini ia mula dimamah zaman yang semakin global kerana muncul segelintir dalam hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak meyakinkan bangsanya untuk menghormati warisan ini. Malah rasa jelak mereka terhadap tulisan Jawi, secara tidak langsung telah menghasilkan generasi Melayu 'anglophile' iaitu manusia dua kerat, sekerat Melayu dan sekerat ke Baratan. Generasi seperti inilah yang akhirnya menjadi penyumbang kepada fahaman melampau hedonisme sehingga menyebabkan daya tahan umat menjadi tiris.

Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan,barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat sekolah rendah, kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah. Akhirnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi agamawan, sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al Quran merupakan tuntutan Islam bertaraf  fardhu ain buat seluruh umat Islam. Lebih malang lagi jika Jawi diberikan kedudukan yang sama, tidak mustahil ia akan tenggelam di arus kemodenan dan terus kehilangan khalayak. Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion.

Senario ini jika tidak diambil peduli memungkinkan catatan batu bersurat (prasasti) di Kuala Berang, Terengganu mempunyai potensi besar menjadi bahan sejarah yang ditinggalkan, bukannya bahan sejarah yang dibanggakan. Hal yang sama juga bakal terjadi kepada penggunaan Bahasa Melayu jika tiada tindakan konkrit pihak berwajib untuk menanganinya setelah kerajaan mewajibkan pengajaran Inggeris dalam Matematik dan Sains. Penulis sebenarnya tidak memiliki nilai sentimental yang tinggi untuk bermati-matian mempertahankan tulisan Jawi, jika kehilangannya hanya memberi impak kepada warisan budaya dan bangsa. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jasa yang besarterhadap kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan rasa tanggungjawab agar terus dipelihara danterakam dalam pendidikan negara.
Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masaamat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden denganperbendaharaan yang sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawidigunakan oleh pihak istana dalam bidang persuratan, perjanjiandan undang-undang. Jika diamati, sejarah ke'genius'an danpemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabilawujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah.

Tokoh ulama’ seperti Mohamad Idris b Abdul Rauf al Marbawi,bukanlah tokoh yang asing dalam dunia penulisan Jawi.Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab ’Bahrul Mazi’, ’Tafsir Quran al Marbawi’, ’Tafsir Surah Yassin’ masih kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang responsif di negara Malaysia.
Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara dan ia bukannya kayu pengukur tahap keIslaman seseorang. Namun, oleh kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah Islam, ianya lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran dan hadith. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem baris dalam pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat- ayat al-Quran. Ibn Khaldun ada menyebutkan ;
[Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada syiar-syiar agama yang dipegang olehpara pendokong agama kerana dalam pengajaran al-Quran terdapat beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan aqidah imandaripada ayat-ayat al Quran].
(Ruj:Abdullah al Amin al Na'miy, 1994. Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun & al Qabisi, terj.Mohd Ramzi Omar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka).

Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang dipinjamdari bahasa Arab, sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jikaditulis dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlakukesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar.Kerana itu, penulis yakin kebanyakan masyarakat Melayumenyebut perkataan 'tarikh' yang dipinjam dari bahasa Arab,tidak tepat sebagaimana sebutan bangsa Arab. Begitu juga pemahaman Melayu terhadap perkataan 'muhrim' sebagai orang yang haram dinikahi, sedangkan sebutan ejaannya yang sebenar pada kalimah Arab adalah 'mahram'. Dalam konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan perananpenting dalam pendidikan negara, di mana ia dijadikan sebagaisuatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasaMelayu. Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranyapengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai untuk mengangkatsemula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. Benar, seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun mengikut kaedah, kemas berseni dijual beli. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri. Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.
Sebenarnya di sebalik krisis ini, tersembunyi agendaglobalisation of American culture (globalisasi budaya Amerika).Memang tamadun Barat semakin mendominasi semangat bangsa-bangsa lain ketika ini, di saat Melayu belum pulih untukmembangunkan generasi sendiri. Tidak syak lagi, penggantianjawi dengan rumi adalah sebahagian daripada prosespembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi oleh penjajah. Hal ini sama berlaku sebagaimana pertukaran garisan musim bagi kiraan kalender yang pada asalnya terletak di Qatar, United Arab Emirates (UAE) kepada kedudukan Greenwich di London. Namun, perenggan ini bukanlah pilihan terbaik untuk masyarakat Melayu melakukan revolusi terhadap huruf-huruf Rumi agar ditukar kepada Jawi. Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.


Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam perdagangan dengan cepat di samping menyebarkan Islam dan sastera Islam. Kemajuan ini mengubah sifat bahasa dengan sedutan besar-besaran perbendaharaan kata Arab, Parsi dan Hindi. Kemajuan ini merosot selepas 1511.
Melayu Moden Masa kini
Bahasa Melayu dimajukan dengan serapan banyak perkataan Portugis, Belanda dan Inggeris dalam kurun ke 19. Ia menjadi bahasa kebangsaan buat Malaysia dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.
[The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' DrAsmah Haji Omar (2004) ISBN 981-3018-52-6.]

Inskripsi Kedukan Bukit:
Inskripsi Kedukan Bukit telah diekuavasi oleh Dutchman M. Batenburg on 29 November 1920 di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, di atas permatang sungai Tatang, anak sungai Musi. Batu ini kecil berukuran antara 45 ke 80 cm.
Teks Melayu Kuno:
svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śuapunta hiya,,klapakşa vulan vaiśākha d<(m> nāyik disāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşaapunta hiya,vulan jyeşţha d<(m> maŕlapas dari mināngavala dualakşa dangan ko-(tāmvan mamāva yamduaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivudi mata jap(tlurātus sapulu dua vañakña dātamsukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula….marvuat vanua …..(laghu mudita dātamśrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa.....
Terjemahan:
“Om swasti astu! semua penawar dan kemewahan. dalam tahun saka 605 sebelas dan pertengahan bulan Waisaka, Sri baginda berkubu bagi memperoleh siddhayatra. Pada hari ke tujuh, lima belas hari pertengahan bulan Jyesta, Sri Baginda membebaskan tubuhnya dari minānga tāmvan. Baginda membawa 2000 tentera bersama….. Seramai sebanyak 200 kubu, dengan 1,312 kaki tentera. Mereka sampai di ….Sesungguhnya riang ria pada lima belas hari pertengan bulan…. tangkas, gembira dan mereka membuat perjalanan ke negeri… agung Sriwijaya! kemewahan dan kekayaan…”
Bandingan penulisan Jawa dan Bali dengan yang tulisan yangdiaplikasikan di Thailand dan Kemboja, menunjukkan ada bentuk yang sama. Ini menguatkan bahawa tulisan-tulisan ini berasaskan tulisan dari India samada Pallava, Vengi atau Cera. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis huruf atau silibus yang ditemui dalam inskripsi raja-raja di Indonesia yang silam.
Kadaram dalam Inskripsi Tanjore:
Inskripsi ini didapati di kota lama Tanjore, Tamil Nadu bertarikh sejak 1030 Masihi. Ia menerangkan serangan Rajendra Chola atas empayar Sri Wijaya, negeri yang bernama Kadaram memberikan tentangan hebat. Kebanyakan sejarawan bersetuju Kadaram yang dimaksudkan adalah Kedah.

[1] H.G.Q. Wales, “Archaeological Researches,” hal. 21
[2] Ibid, hal. 45
[3] Zakaria Ali 1946, Islamic Art in Southeast Asia 830A.D – 1570 A.D., Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 195
[4] Dr Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, Epigrafi Islam terawal di Nusantara, hal. 25
[5] Artikel TULISAN JAWI dan Tulisan Jawi Pancaran Identiti Bangsa. Oleh HAJI MUHAMMAD BUKHARI LUBIS
BAHASA Osmaniah Kuno di Turki tamat pada abad ke-15M apabila Sultan Fatih Mahmet berjaya membuka Istanbul. Sejak itu, bermulalah bahasa Turki Osmani (Osmanlica) yang menggunakan satu aksara baru, aksara Arab. Penggunaan bahasa ini yang begitu rancak dan mendominasi, khasnya dalam kesusasteraan Sufi dan puisi rakyat, berakhir pada tahun 1922, apabila Mustafa Kamal Ataturk mendapat tampuk pemerintahan. Dengan berpegang pada dasar "kemajuan ialahpembaratan", Ataturk mengambil langkah yang drastik dan tragik dengan memperkenalkan bahasa Turki moden (Turkge), yang mengetepikan aksara Arab. Lantas diperkenalkan aksara Latin atau tulisan rumi [antara hujah mewajarkan tindakannya ini ialah aksara Arab tidak dapat melambangkan setiap bunyi perkataan Turki, misalnya, perkataan alif-wau-nun membawa empat bunyi dan makna yang berlainan on (sepuluh), "n (hadapan), un (tepung), dan n (kemasyhuran, suara, bunyi)].
Seperti orang Turki, bangsa Melayu juga mempunyai bahasa yang menggunakan pelbagai aksara sebelum kedatangan Islam ke rantau ini. Aksara ini berubah apabila Islam diterima di Kepulauan Melayu. Para pendakwah - orang Arab dan orang Parsi yang tentunya menguasai bahasa Arab yang menjadi paksi utama dalam Islam - dengan bijak dan tepat memilih bahasa Melayu untuk digunakan. Bermulalah era pengislaman, termasuklah bahasa Melayu itu sendiri.Lalu diperkenalkan aksara baru, aksara Arab atau lebih terkenalsebagai tulisan jawi. Menurut sejarah, jawi di sini merujuk kepada Pulau Sumatera (maksud umum Kepulauan Melayu) dan bukanlah Pulau Jawa.
Sesungguhnya, tulisan jawi dapat mempertaut perpaduan satu bahasa yang meliputi seluruh golongan bangsa Melayu. Malah orang Melayu sendiri menamakan bahasanya "bahasa jawi" (tidak sekadar jawi merujuk kepada tulisannya - misalnya, di halaman sebuah buku klasik, tertera: Inilah kitab yang bernama Hidayat al-Salikin - karangan Syeikh Abdus Samad Falambani dibahasakan bahasa Jawi ¡¦). Ini memberi erti bahawa orang Melayu ketika itu menamakan bahasanya menurut nama tulisannya. Tulisan jawi bermula sejak abad ketujuh Masihi lagi. Tentulah sepanjang masa ini, banyak bukti yang dapat diketengahkan. Pada zaman dahulu, tulisan jawi digunakan pada prasasti atau batu bersurat (misalnya: Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702H/1303M), batu hidup (ditemuidi Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan), batu nisan (misalnya, di pemakaman raja-raja Aceh di Banda Aceh), mata wang (khasnya wang emas dan perak, terukir di situ misalnya nama Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah), surat kiriman diraja (antara Raja Melayu dengan raja bukan Melayu, seperti raja Portugal dan raja Inggeris, juga dengan wakil raja atau pembesar asing yang ada atau datang ke negeri Melayu), kitab dan buku (misalnya `Aqa¡¯id oleh al-Nasafi yang bertarikh 998 H/1590M), surat perjanjian antara raja dengan negara diAlam Melayu, catatan pemilikan dan perdagangan, terutamanya di pelabuhan dan kapal perdagangan.
Kitab lama dahulu pastilah ditulis dalam bentuk manuskrip. Tentang penggunaan tulisan jawi dalam pelbagai manuskrip abad ke-17, pengkaji Barat, seperti van Rongkel, van Elbinck, Robinson, Gerth v. Wijk, Werndly, van der Wall, Cohen Stuart, de Hollander, van der Tuuk, Pijnappel, Klinkert, dan Wilkinson pernah menyatakan rasa kagumnya terhadap keseragaman ejaan jawi dalam manuskrip yang berkenaan.
Penggunaan tulisan ini diluaskan lagi buat dua abad terakhir ini. Bahan bacaan, seperti surat khabar (misalnya al-Imam - yang terbit di Singapura - 1906) dan majalah (seperti Bustan Arifin yang terbit di Melaka - 1236H/1821M) terus menggunakan tulisan jawi. Begitu juga piagam dan teks pemasyhuran, antaranya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1957). Dapat dirumuskan bahawa tulisan jawi yang disentuh tadi terbukti dalam hasil kesusasteraan dan kebudayaan orang Melayu. Hal ini semakin maju dan membesar, ia melepasi batas berkenaan, sehinggaterbukti dalam kegiatan kesenian pula. Tentulah perkara iniberhubungan dengan seni khat. Ternyata, orang Melayu sejak dahulu peka terhadap perkembangan seni khat, meskipun sehingga kini kita masih tidak dapat menandingi hasil seni khat bangsa Arab, Iran, dan Turki, misalnya. Oleh sebab itu, tulisan jawi yang indah-indah dapat dilihat dalam pelbagai objek, seperti masjid (termasuklah mihrab, dinding, tiang, pintu besarnya), batu nisan, bangunan yang berhubungan atau tidak dengan hal keagamaan, batu nisan, sijil syahadah, kepala surat, nama jalan, takwim, kain pemidang, pengikat kunci, lukisan, dan ukiran yang terpahat, sama ada pada batu, kayu,logam, tembikar, atau marmar. Dengan menggunakan pelbagai jenis khat yang menarik, seperti kufi, thuluth, nasakh, farisi, dan raq¡¯ah, terbukti tulisan jawi memberi sumbangan yang sungguh bermakna demi mengayakan dan mengagungkan lagi kebudayaan dan kesenian bangsa Melayu.
Sesungguhnya, tulisan jawi digunakan dalam pelbagai aspekkehidupan bangsa Melayu sejak berkurun-kurun dahulu. Sehingga tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa nadi bangsa Melayu bergantung sangat pada tulisan jawi, apatah lagi apabila tulisan jawi dihubungkaitkan dengan al-Qur¡¯an yang menjadi ikutan utama kaum Muslimin. Hasil penelitian terhadap ribuan manuskrip Melayu akan membawa pengkaji yang jujur dan objektif untuk menyimpulkan bahawa tulisan jawi berjaya memelihara kemurnian dan ketinggianbahasa Melayu tulisan/persuratan. Selanjutnya, martabat bahasa Melayu haruslah dipertahankan melalui tradisi penulisan yang lebih baik lagi murni. Berdasarkan yang telah berlaku dan yang disumbangkan, sukar untukmenafikan bangsa Melayu amat bergantung pada tulisan jawinya.Malah, tulisan jawi menjadi identiti bangsa Melayu pula.
Sampai ketikanya, perubahan rasa berlaku. Lalu Angkatan Sasterawan 50 mengesyorkan: " ¡¦ sudah sepatutnya tulisan rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan jawi sehingga masa akan menentukannya". Cadangan ini diterima oleh KongresBahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura/Johor Bahru (1956), di samping mencadangkan pembentukan satu badan untuk mengkaji cara memelihara tulisan jawi dan menyamakan ejaan jawi di Malaya dan di Indonesia. Hasil saranan kongres ini masih jauh daripada kenyataan hinggalah sekarang. Sejak itu, berlakulah perkembangan yang tidak sihat ini. Kalau di Turki,tulisan jawi dihapuskan oleh anak bangsanya sendiri (malah pelbagai aspek undang-undang Islam diubah kepada kanun Barat), kita juga hampir kepada suasana itu. Pada tahun 1960-an, mulalah pengajaran tulisan jawi di sekolah diabaikan. Ada pula yang berhujah dengan melihat kelemahan sistem ejaan dalam tulisan jawi itu. Tulisan jawi tidak dapat melambangkan bunyi/sebutan perkataan sepenuhnya. Memang kita akui, sejak sistem ejaan jawi belum lagi dibaiki sepenuhnya, perkataan kaf-mim-ba-nga membawa tujuh bunyi: kembang, kambing, kumbang, kembung, kambung, kambang, dan kombang. Sehinggalah kita ada Ejaan Jawi yang Disempurnakan, masih ada gejala yang sama, perkataan ba-ya-lam-ya-qaf membawa dua bunyi: bilik dan belek.
Namun, hal ini usahlah dibesar-besarkan. Tambahan pula, konteks ayat akan membimbing pembaca membunyikan perkataan dengan betul, di samping sering kedengaran perkataan berkenaan. Janganlah dengan alasan serapuh itu, kita sanggup menghapuskan tulisan jawi yang telah kita warisi berabad-abad dan berjasa besar dalam kehidupan kita. Akibatnya, dalam konteks keagamaan, seperti yang lumrah diTurki kini, sudah ada orang Melayu mempelajari ayat untuksembahyang berdasarkan tulisan ruminya sahaja! Gejala buta tulisan jawi semakin buruk. Mangsa sistem persekolahandasawarsa 60-an membuktikannya. Sungguh sedih! Ketika dalam pemerintahan British, kita bebas menggunakan tulisan jawi sehingga dalam wang kertas pun ada tulisan jawi (setelah kita merdeka, hanya beberapa tahun sudah tercetak tulisan jawi dalam wang kertas RM2). Sebelum itu pemerintah British menggunakan tulisan jawi dalam perutusan mereka. Janganlah pula sampai kita menemui sarjana bahasa Melayu (khasnya dari bangsa Melayu) yang tidak menguasai tulisan jawi.
Oleh sebab kesan pengabaian tulisan jawi ini semakin teruk danmembimbangkan, pada tahun 1985, Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan tulisan jawi di sekolah rendah agama. Tindakan setakat ini tidaklah memadai. Kita harus berwaspada, sekiranya tulisan jawi diketepikan - apalagi dikuburkan - maka mutiara dari Dunia Melayu ini akan hilang, sirnalah ciptaan kreativiti datuk nenek kita dari Alam Melayu.
Sejak abad ketujuh Masihi lagi, dalam pelbagai khazanah tamadun Melayu, daripada falsafah, ilmu, hukum-hakam, ubat-ubatan, teknologi silam, hinggalah bermacam-macam bidang ilmu (baik dalam bentuk prosa mahupun puisi), tulisan jawi digunakan dan ia cukup berjasa. Malah tulisan ini menjadi identiti bangsa Melayu. Maka tidak hairanlah seorang sarjana asing, Dr. Kang Kyoung Seock dari Korea, yang mengkaji (untuk tesis Sarjananya) sejarah tulisan jawi, menegaskan bahawa baginya tulisan jawi lebih banyak bersifat kemelayuan daripada rumi. Bahasa yang menggunakan dua aksara terlalu sedikit. Maka itu kita harus berbangga dengan penggunaan tulisan jawi dan rumi, khasnya Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi.
Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi
Oleh : Azwar
*      Manuskrip Melayu merupakan karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam kurun waktu Abad ke-15Masihi sampai pada awal abad ke-20 Masehi. Dalam Manuksrip Melayuini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanahkebudayaan Bangsa Melayu pada masa dahulu. Untuk memahamimanuskrip-manuskrip Melayu, sebelumnya kita harus memahami tulisan jawi, kerana manuskrip-manuskrip Melayu itu di tulis dalamtulisan jawi. Tulisan Jawi adalahtulisan Arab yang diadaptasikan olehbahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita fahami sekarang ini. Ertinya huruf yang dipakai adalah huruf-huruf Arab dengan bahasaMelayu, atau dengan ejaan Melayu.
*      Sejauh ini belum ada yang dapat memastikan siapa tokoh yang pertama sekali menemukan huruf itu dan siapa yang memberi nama untuk tulisan dengan percampuran dua kebudayaan besar itu.Kalaupun kemudian tulisan itu disebut dengan tulisan jawi, sepertinyaitu adalah nama yang diberikan setelah tulisan itu berkembang oleh pengamat-pengamat bahasa yang mempelajarinya, atau parapengamat yang menjadikan bahan-bahan berbahasa melayu dan tulisan jawi sebagai sumber kajiannya. Dikatakan ianya di kalangan ahli-ahli sastra, ahliagama, dan lain sebagainya. Apapun tanggapan tentang tulisan itu,yang pasti tentu saja tokoh pengasas tulisan jawi itu sangat besarjasanya dalam khasanah keilmuan bagi bangsa Melayu khususnya dunia ilmu pengetahuan manusia pada umumnya.
*      Tulisan jawi yang dimaksud ini tentu saja kata yang tidak dapatdipadankan dengan kata jawi di dalam kamus R.J Wilkinson, yang mengertikan kata-kata Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untukjawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeda dengan beraspulut. Selain itu kata jawi yang dimaksud sebagai tulisan jawi dalambahasa Melayu jelas berbeda dengan makna kata jawi dalam Bahasa Minangkabau yang dapat diertikan sebagai lembu atau sapi.
*      Tulisan Jawi yang telah lama ada dalam khazanah kebudayaanmelayu yang diperkirakan sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrahhingga ke hari kini dan ia berasal daripada tulisan Arab. Tulisan inilahyang membangun kebudayaan melayu dan tulisan ini jugalah yangkemudian mengantarkan menuju bahasa Melayu yang kemudianberkembang menjadi Bahasa Indonesia setelah dikokohkan oleh parapemuda Indonesia dalam sumpah pemuda.Bukti historis bahwa adanya tulisan jawidalam kebudayaanMelayu lama dapat dilihat pada bahan-bahan bertulis seperti : batubersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahanyang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata ,batu lontar,tembikar dan sejenisnya, ukiran-ukiran pada masjid, rumah, dan istana,azimat, rajah atau penangkal.
*      Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arabdi Sumatera bertarikh 55 Hijrahatau setara dengan 674 M. Selain itujuga ditemukan di Kedah bertarikh 290 Hijrah. Kedua hal inijelastelah menunjukkan bahwa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yangkemudian telah disesuaikan dengan menambahkan beberapa huruftambahan kepada huruf Arab untuk menyesuaikannya dengan gayabahasa orang Melayu. Penambahan ini lebih kepada melengkapi ejaanyang tidak ada dalam bahasa Arab tetapi ditemui dalam bahasa Melayu.
*      Untuk memahami lebih jauh tentang tulisan jawi ada baiknya kitaperhatikan pendapat-pendapat berikut ini, tentang tulisan jawi yang dikemukakan oleh timbalan peneliti dari perpustakaan Malaysia.
a. Jawi Berasal daripada Maksud Jawi peranakkan.
ü  Marsden menyebutkan bahwa Raffles menerangkan kata Jawibermaksud campuran dimana beliau telah merujuk kepada ungkapan anak Jawi iaitu anak campuran kaling dan ibu Melayu (disinilahtimbulnya istilah jawi peranakan); oleh sebab itu bahasa Jawi adalahbahasa Melayu yang ditulis dengan tulisan Arab sehingga dapatdiertikan sebagai bahasa campuran.
b. Jawi Berasal dari Perkataaan Jawa atau merujuk kepada
ü  Bangsa Jawa Hamdan Abdul Rahman dalam bukunya "Panduan Menulis dan Mengeja Jawi" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada tahun 1999 mengatakan bahwa kata Jawi itu sendiri berasal dari nama suku Kaum Jawa. Ertinya kata Jawi itu mengacu pada suku Jawa.Berikut adalah petikan daripada bukunya berkaitan perkara tersebut:
"Sudah ditakdirkanAllah bahawa di kalangan bangsa Melayu ini,suku yang lebih besarbilangannyaadalah suku Jawa. Jadi merekalahyang membentuk kumpulan Melayu terbesar di tanah Arab padazaman dahulu. Akibatnya orang-orang Arab menganggap semuamanusia berkulit sawo matang dari Alam Melayu ini sebagai orang Jawa.
Seterusnya segala yang berkaitan dengan orang Melayudisifatkan sebagaiJawi. Orangnya dikenali sebagai orang Jawi,Tanahnya dikenali sebagai tanah Jawi dan bahasanya dinamakan bahasa Jawi dan tulisan yang digunakan dalam media persuratannya dinamakan tulisan Jawi. Kitab-kitab agama Islam yang diterjemahkanke Bahasa Melayu terutamanya dalam abad ke-17 Masihi, semuanyamencatat bahawa penulisnya telah menerima titah raja, wasiat guruatau pesan ayah supaya dia menterjemahkan kitab tertentu ke dalam bahasa Jawi; bukan bahasa Melayu. Secara berurutan perkataan Jawi ini awalnya merupakan nama tanah, iaitu Alam Melayu, kemudian menjadi nama bahasa, dan sekarang menjadi nama tulisan pula."
c. Jawi Berasal daripada nama Sumatera Lama Al-Jawah
ü  Hashim Haji Musa dalam bukunya "Sejarah PerkembanganTulisan Jawi" lebih setuju dengan pendapat OmarAwang yangmenegaskan kemungkinan besar kata jawi berasal dari kata dalambahasa Arabal-Jawah. Kata ini pernah digunakan dalam catatan Arabyang tertulis sebelum pertengahan Abad ke-14 M untuk menamakanSumatera, misalnyaYa q u t, dalam Mu'jan al-Buldan, Abu Al-Fida' dalam
Taqwim al-Buldandan Ibn Batutahdalam Rihllat Ibn Batutah. Fakta inimenunjukkan satu kemungkinan yang kuatbahawa tulisan Jawi itudinamakan oleh orang Arab untuk merujuk tulisan ejaan yangdigunakan oleh orang Sumatera yaitu penduduk Al-Jawah yangberagama Islam dan menggunakan bahasa Melayu.
Hashim Haji Musa lebih lanjut menegaskan bahawa tidak logik bahawa Jawi yang dimaksud sebagai tulisan jawi adalah istilah yangberasal atau berakar dari kata Jawa. Sebuah kekeliruan bila tulisan jawiberasal dari kata Jawa yang merujuk pada suku Jawa, karena tulisanJawi telah ada sebelum Jawa jatuh ke tangan orang Islam pada tahun883 H atau pada tahun 1468 M.
d. Jawi Berasal dari Perkataan Al-Jawah
ü  W. Marsden pula menyebut bahawa nama Jawi juga pernahmenjadi tanda tanya kepada G.H Werndly (iaitu ketua penterjemahInjil ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1731 M tentang asal-usulnyadan menyimpulkan bahawa bahasa Jawi boleh dikaitkan dengan perkataan Jawa, yang disebut oleh Marco Polosebagai nama lamabagi pulau Sumatera pada zaman itu, yang mungkin dihasilkan olehorang Arab seperti yang disebut oleh Omar Awang di atas.
e. Jawi berasal daripada Perkataan Java Dwipa yg juga dikenalisebagai Al-Jawah (sebuah daerah Asia Tenggara pada zamanpurbakala).
ü  Amat Juhairi Moain pulalebih menyakini bahwa kata Jawi berasalAl-Jawah dimana dikatakan bahwa perkataan ini berasal daripada perkataan "Java dwipa" iaitu sebuah nama daerah Asia Tengara padazaman Purba. Bukti yang digunakanadalah catatan Ibnu Batutahdalam bukunya al-Rihlahmenggelar Sumatera sebagai al-Jawah. Bagiorang Arab bagian perkataan "Java"saja yang diambil, sedangkan"Dwipa" pula ditinggalkan. Kata "Java" ini digunakan untuk merujukkepada keseluruhan daerah Asia Tenggara. Penduduknya jugadinamakan dengan kata adjektif " Jawi". Oleh kerana itu "Jawah" dan"Jawi" merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi pribumidi Asia Tenggara; bukan kepada suku Jawa iaitu penduduk yangberasal dari kepulauan Jawa.
Dari tulisan di atas sedikit banyak dapat difahami bahawa tulisanjawi yang dipakai dalam berbagai manuskrip Melayu, merupakan karyakreatif dari para pendahulu untuk mengembangkan ilmu pengetahuandi tanah Melayu. Walaupun belum ada kepastian tentang asal usultulisan jawi, hal ini memberikan isyarat bahwa masih perlu dilakukankajian lebih lanjut tentang tulisan jawi dalam manuskrip Melayu.


Perkembangan Ejaan Jawi peringkat pertama.
*    Pada peringkat ini telah melalui empat tahap iaitu:
a.    Menggunakan Tulisan Arab
b.    Menghilangkan tanda baris
c.    Menggunakan huruf saksi
d.    Huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua

(a)  Menggunakan Tulisan Arab
·         Tulisan jawi mengikut ejaan Arab sepenuhnya, dengan menggunakan tanda-tanda baris.
·         Terdapat pada manuskrip Melayu lama seperti Aqa’id al-Nasafi(manuskrip tertua).
·         Penggunaan tanda baris atau diakritik yang banyak merupakan satu kelemahan pada tahap ini.
·         Tanda-tanda baris yang tidak lengkap.

(b)  Menghilangkan baris
·         Tanda-tanda baris dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundu.
·         Sukar membunyikan sesuatu perkataan itu dengan tepat serta menimbulkan perkataan yang berbentuk homograf(sama ejaan, berbeza sebutan).

(c)  Menggunakan Huruf Saksi
·         Sistem ejaan Jawi pengaruh melayu dengan dengan mewujudkan huruf-huruf saksi iaitu [ alif, wau, dan ya ].
·         Huruf saksi diletakkan pada suku kata pertama perkataan.
·         Kelemahan: Tiada huruf saksi pada suku kata kedua.
                :Masih menimbulkan masalah homograf.
                            :Terdapat perkataan yang boleh dilafazkan dengan
:beberapa bunyi sebutan yang membawa makna
yang berbeza.
(d)  Huruf Saksi pada Kata Pertama dan Kedua
·         Menggunakkan huruf-huruf saksi pada suku kata kedua.
·         Sistem ini disempurnakan dengan menggunakkan semua huruf Arab dengan enam huruf tambahan iaitu [ nya, pa, ga, nga, ca, va ]
·         Huruf Arab terdiri daripada 29 huruf kecuali [ lam-alif ]
·         Kurang enam huruf untuk mewakili bunyi lazim pada orang Melayu.
·         Orang Melayu telah mencipta enam huruf tersebut dan sehingga kini huruf Jawi ada 36 huruf melambangkan fonem dalam bahasa.

                        Perkembangan  Ejaan Jawi Peringkat  II
·         Sistem ejaan Jawi berubah secara beransur-ansur tanpa ada panduan bertulis. Pada masa itu, sejarah hanya mengikut kezaliman yang belaku tanpa peraturan dan panduan. Jika perubahan dilakukan oleh seseorang penulis, maka ia dengan mudah akan diikuti oleh penulis yang lain. Keadaan ini berterusan hingga beberapa lama. Menjelang abad ke-20, perkembangan SEJ boleh dibahagikan kepada beberapa pedoman dan panduan yang disusun atau digunakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan  tertentu seperti:
*      Hejaaj. P.Bm.P.B. Diraja,
*      Ejaan Jawi Za’ba,
*      Sistem Ejaan Dian dan
*      Pedoman Ejaan yang Disempurnakan.
                     

15 comments:

  1. terima kasih bahan yg lengkap dgn bukti...saya gunakan untuk tugasan saya....

    ReplyDelete
  2. admin, semua info ttg sejarah tulisan jawi nie dapat dr mana ?? bley tlong gtau kt sye x ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori bru prasan.....smua ni dpt dari kuliah kat kls ngn pnsyarah

      Delete
    2. ada pengulasan buku atau jurnal yang boleh dibuat sebagai rujukan??

      Delete
    3. ada pengulasan buku atau jurnal yang boleh dibuat sebagai rujukan??

      Delete
  3. Artikel yang Bagus. Memperkenalkan Software Editor Teks Arab /Jawi yang Canggih dan Dinamis :
    http://fath-multimedia.blogspot.com/p/qalambartar-editor-teks-arabjawi.html

    ReplyDelete
  4. salam ustaz..saya mintak izin yer untuk ambil sedikit maklumat dari blog ustaz ni untuk menyiapkn tugasan saya...perpun..syukran n good job...

    ReplyDelete
  5. syukran atas info....

    ReplyDelete
  6. tima kasih admin, memang sonang kejo den

    ReplyDelete
  7. Penambahan ilmu untuk saya...terima kasih banyak..

    ReplyDelete
  8. Mohon diambil sedikit bahan ya...

    ReplyDelete
  9. saya amik sikit pengisiannya..tq

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum, izin saya share ye

    ReplyDelete

  11. Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim

    https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI


    Salam dan renungan

    Web: almawaddah.info

    Kepada;

    Para rektor universiti, para akademik dan para mufti yang dihormati.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan

    Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan.

    Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh ,Allah dan Rasul-Nya?


    Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    Terima kasih dan 'afwan.

    Daripada;

    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







    ...

    ReplyDelete