1) HARAKAT
Harakat adalah gaya alunan lagu yang tersusun daripada beberapa qit'ah dengan mahatah yang tertentu.
HARAKAT | PERANAN |
Harakat pertama | Mesti disesuaikan dengan harakat terakhir pada lagu sebelumnya. |
Harakat kedua | Member semangat dan galakan kepada harakat-harakat yang brikutnya. |
Harakat ketiga | Harakat jawab(harakat tinggi) |
Harakat keempat | Harakat jawabul jawab(harakat paling tinggi) |
Harakat kelima | Harakat menurun(persediaan) |
Harakat keenam | Harakat penutup |
2) QIT'AH
Qit'ah adalah suatu rentak lagu yang paling pendek tanpa mahatah yang tertentu.
Terdapat dua jenis qit'ah iaitu qit'ah diwakafkan dan diwasalkan. Qit'ah diwakafkan ialah mengikut kehendak kalimah ayat.Manakala qit'ah diwasalkan adalah sambungan kepada beberapa ayat sehingga kepada mahatah yang sempurna.
Terdapat beberapa peranan qit'ah iaitu daya penggerak, daya penghidup, membawa kepada pnekanan jiwa bagi yang menyampaikan dan dapat memberi penyesuaian kepada ayat2 tertentu.
3) TABAQAT
Tabaqat adalah tingkatan suara yang dibawa oleh lagu2 yang tertentu.
Terdapat beberapa tabaqat suara iaitu suara rendah atau QARAR. Suara ini dari suara dada. Selain itu terdapat tabaqat yang lain iaitu tingkatan suara sederhana atau NAWA. Sumber suara ini dar suara tekak. Seterusnya ialah suara tinggi atau JAWAB. Sumber suara ini dari suara hidung.
Tabaqah yang seterusnya ialah tingkatan suara yang tertinggi atau JAWABUL JAWAB. sumber suara ini ialah suara otak.
Peranan tabaqat ialah memberi tenaga dan peningkatan kepada sesuatu bacaan. Selain itu, tabaqat juga berperanan sebagai penggunann suara dan harakat yang berbeza dan mencapai tahap keahlian dalam sesuatu bacaan.
4) MAHATTAH
Mahattah ialah tempat berhenti iaitu berhenti pada setiap hujung lagu.
Peranan mahattah ialah dapat memvariasikan harakat yang berbeza. Selain itu, ini juga dapat membezakan bacaan di antara qari-qari yang lain. Kemudian dapat menyesuaikan dengan gaya dan tabaqat yang tertentu.
5) BURDAH
Burdah ialah bunga2 lagu atau getaran suara.
Terdapat 2 jenis burda iaitu:-
- Burdah Asli iaitu getaran suara semula jadi.
- Burdah Syina'i iaitu bunga2 lagu yang disusun dan digubah mengikut kehendak sesuatu lagu.
- kasar atau halus.
- kasar atau lembut.
- banyak atau sedikit.
- daya penarik.
- daya penggerak.
- daya penghias.
- daya rangsangan yang bersemangat.
Maksudnya ialah campuran lagu secara sentuhan/salingan ketika mengalunkan sesuatu lagu yang tertentu.
Terdapat 2 bentuk iaitu:-
- gaya harakat yang dicampurkan di antara dua irama lagu yang berbeza.
- suatu oendekatan harakat algu kepada harakat lagu yang berlainan untuk dipindahkan kepadanya.
- menambah kecantikan dalam sesuatu lagu.
- menghidupkan semula harakat2 yang telah kaku.
tadarruj ialah peningkatan pada tabaqah dan harakat dari bawah ke atas.
8) TAQLIL
Taqlil ialah meniru jalan lagu seseorang qari secara keseluruhan dalam surah2 tertentu.
9) KHITAM
Khitam ialah penutup sesuatu bacaan dan mesti ada persamaan dengan permulaan lagu pertama sesuatu bacaan.
10) QARAR
Qarar ialah suara rendah atau dada.
11) NAWA
Nawa ialah suara sederhana atau suara tekak.
12) JAWAB
Jawab ialah harakt ketiga dalam lagu bayati selepas bayati husaini.
13) JAWABUL JAWAB
Jawabul jawab ialah harakat yang tinggi selepas jawab. Sebagai peringatan harakat jawabul jawab bukan harakat penutup.
14) SALALIM TULU'/SU'UD
Maksudnya ialah tangga naik sesuatu lagu.
15) SALALIM NUZUL/HUBUT
Masudnya ialah tangga turun sesuatu lagu.
16) IKHTILAL AL LAHNI
Maksudnya ialah nada suara yang sumbang berlaku akibat disengajakan mengikut irama dan tabaqat sesuatu lagu.
assalamualaikum...kalau dapat disertakan contoh video bagi salalim setiap harakat dan tabaqat
ReplyDeletePenerangan yang bagus. Boleh ditambah dengan perkaitan dengan istilah muzik moden supaya bertambah kefahaman dan kecintaan dan pertemuan di antara muzik tradisi dan muzik moden (jika ikut istilah sekarang) walhal jika kita ikuti muzik Arab sama aje istilahnya heheheheh itu bagi yang maklum....
ReplyDeleteMohon dihalalkan ilmu/nota yg ust sharekan ni ya, sy mohon kebenaran dr ust utk copy & sampaikan kpd pelajar2 sy… semoga ust sentiasa dlm Rahmat keberkatan Allah SWT.. Aamiin
ReplyDeleteBagaimana melatih jawabul jawab?
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM....SANGAT MEMBANTU DAN TOLONG SEDIAKAN DALAM VIDEO SUPAYA LEBIH FAHAM TQ..
ReplyDeletesangat bagus
ReplyDelete