10.3.11

KADANG-KADANG

Assalamualaikum w.b.t kepada semua blogger..

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa satu perkara itu bagi kita biasa tapi bagi orang lain, perkara itu adalah luar biasa.

Kadang-kadang kita tak sedar tentang kesalahan yang kita buat itu adalah kecil, tapi bagi orang lain perkara itu besar.

Kadang-kadang kita ingat umur sudah tua, tetapi orang menyangka masih muda.

Kadang-kadang kita memandu atau menunggang motosikal pada kelajuan biasa, tapi pada hakikatnya kelajuan yang kita gunakan sudag melanggar peraturan jalan raya.

Kadang-kadang ada orang yang kita lihat seperti orang yang biasa dalam kewangan, tapi sebenarnya mereka ini adalah orang kaya.

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa harta telah melailaikan kita, tapi itulah yang banyak dikejar oleh manusia pada hari ini.

begitulah seterusnya...banyak perkara pada hari ini yang berlaku adalah betentangan.

3 comments: