31.7.11

SANTAI KEJAP SEBELUM RAMADHAN

Assalamualaikum...



Tidak lama lagi bulan ramadhan akan tiba. Namun adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi satu bulan yang penuh dengan pelbagai kelebihan sebagaimana Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud "malam kemulian itu lebih baik daripada seribu bulan"( surah Al-Qadr:ayat 3). Dalam bulan ramadhan terdapat pelbagai kelebihan yang mesti kita rebut untuk mengejar syurga Allah di akhirat kelak.


Sekiranya kita diberi kesempatan untuk menikmati bulan Ramdhan pada kali ini, kita perlu bersyukur kerana ada hamba Allah yang lain tidak sempat untuk menikmati bulan Ramadhan ini. Tapi tidak cukup sekadar UCAPAN sebagai tanda syukur kita kepada Allah kerana diberi peluang untuk beribadah pada bulan Ramadhan, tetapi kita perlu meningkatkan amal kita sebagai tanda syukur walaupun tidak banyak yang penting amalan yang kita lakukan itu dapat menambahkan ketakwaan kita kepadda Allah serta istiqomah dalam kehidupan seharian terutama selepasa bulan Ramadhan..Insya Allah..



Semoga bulan Ramadhan yang bakal tiba memberi satu nafas baru dalam kehidupan untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelum ini dengan segala usaha serta doa yang kita pohon kepada Allah. 

No comments:

Post a Comment