4.2.12

ANDA BELUM MATANG!



entry baru, entry baru..Alhamdulillah segala pujian diberikan kepada Allah SWT Tuhan semesta alam kerana masih memberi nikmat kehidupan kepada kita semua untuk terus berkongsi dan berbagi.





CINTA..Setiap manusia memiliki takrif cinta yang tersendiri. Masing-masing juga memiliki cara berbeza dalam melahirkan rasa cinta. Namun ada ketikanya, kematangan seseorang diketepikan bila berbicara soal hati. Hanya berlandaskan cinta, setiap perbuatan dipandu oleh hati dan emosi tanpa menggunakan kewarasan akal fikiran. Matangkah kita dalam mencorak percintaan? Jom kita lihat :) 

<<~~~~~~~~~~~~~~>>

ANDA BELUM MATANG.. 
sekiranya sanggup menghabiskan kad prabayar hanya untuk berbual dengan kekasih sedangkan duit untuk membelinya adalah kiriman ibu bapa.

ANDA BELUM MATANG..
 sekiranya rela menunggu berjam-jam di dalam cuaca hujan hanya untuk melihat gadis yang disukai melintas sedangkan anda solat ekspress selama 2 minit sahaja.

ANDA BELUM MATANG..
sekiranya sanggup memarahi dan menampar adik sendiri apabila membuat salah sedangkan perempuan yang dicintai memaki hamun hanya mampu tersenyum.

ANDA BELUM MATANG..
sekiranya sanggup meluangkan masa membaca novel yang beratus-ratus muka surat dalam sehari sedangkan Al-Quran sampai bertahun-tahun tidak dibelek.

ANDA BELUM MATANG..
sekiranya asyik terkenang wajah kekasih yang terpisah walau seminit sedangkan wajah ibu yang bertahun terpisah langsung tidak dirindu.

ANDA BELUM MATANG..
 sekiranya memakai pakaian yang cantik, smart dan berjenama untuk berdating sedangkan pakaian untuk solat lusuh giler!

ANDA BELUM MATANG..
sekiranya anda lebih kerap mengucapkan I LOVE YOU berbanding zikir dan istighfar dalam mengingati Allah.

ANDA BELUM MATANG.. 
sekiranya sabar menanti SMS untuk dibalas sedangkan hati pula gelisah menunggu ceramah agama habis.

<<~~~~~~~~~~~~~~~>>

Bagaimana percintaan kita? Seharusnya percintaan yang baik menjadikan kita lebih matang dan bertanggungjawab sebagai latihan dan persiapan untuk mengecapi nikmat hubungan yang sah di sisi Allah tetapi bukanlah membentuk diri bersifat keanak-anakan yang hanya melihat cinta, cinta dan cinta. Muhasabah diri kita, janganlah membelakangkan kasih sayang Allah SWT dan keluarga hanya untuk orang yang tidak halal. Sesungguhnya nikmat cinta nafsu boleh hilang bila-bila masa.






Bersederhana dalam semua perkara, berpada-pada dalam bercinta..Sesungguhnya cinta akan lebih bermakna selepas nikah..Kan itu lebih baik J



No comments:

Post a Comment