12.12.10

Kisah Kepala Kambing


Assalamualaikum semua kepada pembaca2 blog. Hari ni nak konsikan satu kiash lagi. Tapi bukan nak cerita tentang kumpulan Black Metal. Nak cerita tentang pengorbanan sahabat terdahulu yang patut sama2 kita contohi. 

Kisahnya bermula begini berdasarkan ibu umar yang berkata: " Salah seorang sahabat telah menerima hadiah kepala kambing. Namun beliau berfikir mengenai jirannya yang mempunyai keluarga yang lebih besar dan sangat memerlukan makanan berbanding dirinya. Kepala kambing itu pun telah dihadiahkannya pula kepada jiran tersebut.

Selepas tu pula, jiran yang dibagi kepala kambing ini pula memikirkan saudaranya yang lain dan lebih memerlukan. Kemudian kepala kambing itu pun dibagi lagi pula kepada saudaranya itu. Jadi kepala kambing ini pun berpidah pindah tangan tidak kurang tujuh kali. Endingnya pula, dah past2 kepala kambing ni akhirnya sampai juga kepada orang yang mula2 menerima hadiah tersbut.

Allahu Akbar...begitulah kisah para sahabat tentang kepala kambing. Walaupun kita tahu sahabat ni miskin tapi masih lagi memekirkan sahabat yang lain yang lebih memerlukan sesuatu. Begitu tinggi akhlak para sahabat. Tapi hari ini adakah masih ada begini? Sama2lah kita muhasabah diri dan semoga saya dan anda semua sama2 dapat mengamalkannya. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment