5.1.12

AKU BUKAN MAT REMPIT????

Assalamualaikum dan salam sejhatera kepada semua pengunjung blog...

Alhamdulillah pada hari ini masih diveri kesempatan untuk hidup dan terus menulis coretan berdasarkan ilmu yang diperolehi.
Dalam kehidupan anda seharian di dunia ini sangat mustahil sekiranya anda tidak pernah mendengar perkataan MAT REMPIT. Tapi adakah selama ini anda tahu SIAPA itu MAT REMPIT???



Pada hari ini ramai yang salah faham bahawa orang yang pakai motosikal dan pakai helmet MS88 adalah digelar sebagai MAT REMPIT. Sebenarnya tanggapan umum atau sesetengah individu itu adalah salah kerana ada beberapa ciri yang boleh menyebabkan seseorang itu digelar MAT REMPIT.

Selain itu, asal isitilah MAT REMPIT ini merujuk kepada seseorang individu yang terlibat dalam kegiatan berlumba haram dan wang taruhan adalah sebagai rebutan kepada joki2 yang menunggang motosikal tersebut dan yang ikut serta untuk bertaruh.




Manakala istilah MINAH REMPIT pula merujuk kepada perempuan yang menunggang motosikal atau juga diistilahkan untuk teman wanita kepada mat-mat rempit.

Semakin lama, REMPIT semakin tersebar luas. Sesetengah daripada mereka sangat berbakat dalam melakukan aksi lagak ngeri. Paling popular wheelie. weekang dan supermen. Klimaksnya, Mat Rempit mula keluar dari kawasan mereka dan menjalankan aktiviti gangsterisme seperti pergaduhan, rompakan, kecurian dan paling sensasi hejala ragut. Mereka sangat berani malah sanggup melawan sekatan jalan raya yg dilakukan oleh pihak berkuasa.

KENAPA MEREKA MEMILIH UNTUK MEREMPIT DIHUJUNG MINGGU???

Jika dilihat dari sudut positif, mereka adalah golongan remaja yang sangat hebat. Mempunyai semangat daya saing, berani, suka mencuba dan suka melawan arus perdana. Mereka kebanyakkannya adalah tergolong dari kumpulan yang disisihkan yang juga mempunyai masalah yang berat tanpa solusi yang tepat. Mat rempit secara majoritinya datang dari keluarga yang berpendapatan sederhana dan hanya mampu menjadikan motosikal sebagau teman setia. Aktiviti lumba haram adalah sebuah permainan yang menguji kehebatan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi tetapi menjanjikan hadiah yang lumayan. Mereka mungkin dari kalangan anak-anak felda, mungkin juga dari kalangan masyarakat kampung yang sanggup bersaing dengan sesiapa mungkin mereka dari kalangan bandar.


Gambar ni adalah salah satu jentera untuk digunakan dalam lumba DRAG..


2 comments: