28.11.10

Bahagian hadas

hadas terbahagi kepada 2 iaitu hadas kecil dan hadas besar. Tetapi jgn pula kita menyangka bahawa hadas kecil itu membuang air kecil iaitu kencing dan hadas besar pula buang air besar. Mungkin ada yang menyangka perkara ini tak logik kerana bab hadas ini sudah dipelajari sejak sekolah rendah lagi. Namun ini adalah kenyataan yang ada berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini yang sedemikian.

Oleh itu, hadas kecil adalah hadas yang mempunyai sedikit larangannya / halangan. Hadas ini mestilah dihilangkan dengan mengambil wudhu atau tayammum. Contohnya adalah membuang air kecil dan besar.

Manakala hadas besar pula adalah hadas yang mempunyai banyak larangannya / halangan. Hadas ini wajib dihilangkan dengan mandi wajib atau tayammum.Contohnya janabah, haid, nifas wiladah dan mati.

No comments:

Post a Comment