Kali ni nak kongsi ilmu sikit tntg tjuk kat atas...
Maksud cerdik di sini adalah kita cerdik menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya untuk menuntut ilmu. Contohnya : hari ini kita datang kelas belajar tentang ilmu sains, kemudian kita catat apa yang kita dapat pada masa itu dan baca semula nota itu pada malam hari. Selain itu, kita perlu sentiasa bertanya guru sekiranya kita tidak faham kerana ilmu yang kita pelajari tidak semua kita faham walaupun membaca dari buku.
TAMAK ILMU.
Tamak ilmu di sini bukan m=bermaksud kita tidak mahu memberi dengan rakan atau rakan kita bertanya kita tidak memberitahu tentang jawapannya. Tetapi tamak ilmu bermaksud kita mahu sentiasa ada semangat ingin belajar. Bukan selepas keputusan SPM keluar kita dah rasa cukup dan ingin bekerja. Sepatutnya sifat begitu perlu kita sama2 buang dari dalam diri kita kerana ilmu Allah ini tidak akan habis.
HORMAT GURU.
Seterusnya adalah kita mesti hormat guru yang mengajar kita.
Selain itu, untuk kita mendapatkan ilmu mesti ada duit. Tambahan pula, pada hari ini tidak ada benda yang free. Jadi pengorbanan duit untuk belajar mesti ada.
BERSUNGGUH-SUNGGUH.
Dalam diri mesti kita tanamkan sifat untuk bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu. Bila ada semangat itu, diri kita pun akan sentiasa bersemngat walaupun mempelajari sesuatu ilmu yang tidak mudah.
SEPANJANG ZAMAN.
Seperti yang di atas kita perlu menuntut ilmu selagi mana yang mampu.
No comments:
Post a Comment