19.1.11

Kenapa kita mest berdoa???

Assalamualaikum..

Setiap hari kita berdoa kepada Allah tidak kira apa2 sahaja terutama ketika solat. Doa merupakan satu ibadah yang murni. Kenapa doa itu ibadah yang murni? Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam surah Ghafir ayat 60 yang bermaksud " Dan tatkala Tuhanmu berkata,Mintalah kepadaKu nescaya akan Aku kabulkan, sesungguhnya orang2 yang sombong dari hamba-hambaKu, mereka akan dicampakkan ke dalam neraka jahannam dalam keadaan hina dina"

Selain itu terdapat juga hadis dari Abu Hurairah Radiallahu anhu bahawasanya Rasullullah s.a.w bersabda:
"Tiada sesuatu yang paling mulia di sisi Allah kecuali doa"

Oleh yang demikian, kita sebagai muslim sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T dalam apa perkara sekalipun tidak kira di waktu senang atau kita susah. Bukan kita mengingat Allah dengan berdoa minta itu dan ini ketika kita susah sahaja. Tetapi ketika senang kita tetap istiqamah melakukan doa. Sekiranya berlaku sedemikian kita adalah tergolong dalam kalangan orang yang kufur nikmat dan Allah berfirman dalam Al-Qur'an yang bermaksud : “…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7..dan jadikanlan doa sebagai amalan. Allah berfirman : "...dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka (katakanlah) sesungguhnya Aku dekat dan Aku sentiasa mengkabulkan doa seorang hamba yang memohon kepadaKu. Maka, hendaklah mereka memenuhi ( segala perintahKu ) dan beriman kepadaKu, agar mereka selalu dalam kebenaran" surah Al-Baqarah:186)




t

No comments:

Post a Comment