26.3.11

IMAM ABU HANIFAH



Riwayat Hidup
 Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan dengan 699 Masihi di Kufah semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
 Nama sebenarnya ialah An-Nukman bin Thabit.
 Imam Abu Hanifah rahimullah berasal daripada bangsa Parsi.
 Beliau digelar "Abu Hanifah" kerana beliau sentiasa bersama tinta untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dipelajarinya.
 Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di dalam penjara ketika berumur 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad.
 Beliau adalah pengasas "Mazhab Hanafi".
Sifat-sifat Peribadi

 Imam Abu Hanifah mempunyai ilmu pengetahuan yang amat tinggi.
 Beliau berani menghadapi segala bentuk cabaran untuk menegakkan kebenaran.
 Beliau juga suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan tanpa mengira usia, pangkat dan darjat.
 Imam Abu Hanifah seorang yang rajin berusaha dan bercita-cita tinggi dalam hidupnya.
 Beliau seorang yang bertakwa kepada Allah S.W.T., warak, qana’ah dan tidak tamak pada harta kekayaan.
 Beliau juga seorang abid yang kuat beribadat dan berpegang teguh pada ajaran Islam.
Pendidikan
 Sejak kecil, Imam Abu Hanifah berminat mempelajari ilmu pengetahuan.
 Beliau sempat menuntut ilmu dengan beberapa sahabat nabi. Antaranya termasuklah Anas binMalik,Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas.
 Beliau juga menuntut ilmu daripada 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabi'in.
 Ilmu-ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu tauhid, ilmu Al-Quran dan ilmu hadis. Beliau juga mahir dalam bidang sastera.
 Imam Abu Hanifah telah berguru dengan seorang ulama iaitu Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun.
 Selepas gurunya meninggal dunia, beliau mengambil alih tempat tersebut untuk menyebarkan ilmu kepada orang ramai.
Sumbangan dan Jasa
 Beliau rajin menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai terutamanya dalam bidang agama.
 Imam Abu Hanifah seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis sehingga beliau dapat membezakan antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih.
 Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam kerana beliau banyak menggunakan akal fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum apabila perkara tersebut tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadis nabi.
 Berbekalkan kebolehan yang di milikinya dalam menghuraikan hukum-hukum fikah, beliau menyusun ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau juga menyusun kitab "Al-Faraid" (harta pusaka) dengan lengkap.
 Antara hasil-hasil karya peninggalan Imam Abu Hanifah yang terbesar termasuklah:
i.Fikah Akbar.
ii.Al-A'lim Wal-Mutaa'lim.
iii.Masnad, fikah Akbar dan lain-lain.
 Selepas beliau wafat, mazhabnya berkembang dengan pesatnya hingga ke Mesir, Syria, India, Pakistan China, Khurasan, Turki dan sebahagian daripada negara Asia Tengah.

No comments:

Post a Comment