3.5.12

YANG PERGI TAK KEMBALI LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup dalam dunia ini.

Entry kali ini hanya ringkas, walaupun anda sudah tahu mengenai hal ini. Oleh kerana aku lambat online hari ini, tu lah lambat dapat maklumat.



Apa pun kita sedekahkan al-Fatihah serta doa kepada arwah Bob Kuman (Husni Mohd Rawi) telah meninggal dunia jam 4:38 pm sebentar tadi.... Kamu adalah orang yang hidupnya membuatkan orang lain gembira dengan tawa ria walaupun hidup kamu sengsara dalam kedaifan. Bukan kamu seorang, ramai yang telah pergi sebelum kamu juga begitu. Nilai seni dalam memancarkan tawa pada wajah manusia nilaiannya rendah sangat di sini. Selamat kembali untuk kamu, semoga di tempat itu, ada yang ramai yang boleh buat kamu pula tertawa. Alfatihah Bob Kuman. Kini jenazahnya berada di C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum ini aku ada menulis entry untuk sama2 membantu beliau<klik sini>.
Mungkin ada di antara pembaca blog ini yang sudi menderma sedikit wang. Semoga Allah memberkati usaha kalian. Namun Allah lebih sayang kepada arwah dan ingatlah setiap yang hidup pasti akan mati.

Marilah sama2 kita berdoa agar arwah berada dalam kalangan orang2 yang soleh. Semoga perkara ini menjadi peringatan aku agar lebih bersedia dengan bekala sebelum aku pergi meninggalkan dunia ini.


layan lagu untuk akhir entry kali ni....


SUMBER



1 comment:

  1. Salam Takziah buat keluarga arwah Bob
    Al-Fatihah....

    ReplyDelete