Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

16.1.14

JENIS LAGU TARANNUM AL-QURAN

Assalamualaikum kepada pengunjung blog ni...


Hari ini nak kongsi sedikit tentang jenis-jenis lagu tarannum al-Quran. Kalau muzik pun ada jenis lagu dia contoh Rock, Indie, Ska, Irama Malaysia dan banyak lagilah. Lain orang lain minatnya. Jadi dalam membaca al-Quran pun ada lagu yang dibawa macam dalam pertandingan Tilawah Al-Quran tu. Cuma kalau tak tahu kita dengar sedap jak qari tu baca. So hari ini cuma nak kongsi jenis-jenis lagu al-Quran.

LAGU-LAGU AL-Quran

* Lagu Bayati atau Masri
* Lagu Soba
* Lagu Hijaz
* Lagu Nahawand
*Lagu Rast
*Lagu Jaharkah atau Jiharka
*Lagu Sikah atau Sika

Semunya ada 7 jenis lagu al-Quran. Semua ni ada cara bacaan yang tersendiri. OK..cukuplah untuk kali ini. Insya Allah lain masa sambung lagi pulak untuk terangkan sikit2 pasal lagu tu. 

25.7.12

TIPS SEBELUM CHECK IN


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk kita hidup di dunia ini.

Oleh yang demikian, sebelum turn kita sampai untuk kembali kepada-Nya perlu membuat persediaan yang rapi agar sukses bila masa telah tiba. Hari ini, manusia sibuk menyediakan diri dengan harta yang banyak untuk membina sebuah RUMAH yang besar, memiliki KERETA yang mewah, MOTOSIKAL yang besar dan sebagainya. 

Namun pernah kita berfikir untuk persediaan di akhirat??? "Tepuk dada, tanya iman sendiri"

So, ada beberapa tips sebelum masa aku dan anda semua bakal check in free..

  • Aku adalah tempat yang GELAP, maka terangilah dengan aku dengan TAHAJUD.
  • Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskan aku dengan BERSILATURRAHIM.
  • Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan membaca AL-QURAN.
  • Aku adalah tempat kepada binatang-binatang yang menjijikkan, maka hapuskanlah ia dengan AMAL SEDEKAH.
  • Aku adalah tempat yang akan menyempitkanmu sehingga hancur, maka bebaskanlah dirimu dengan mengerjakan SOLAT.
  • Aku adalah tempat untuk merendam mu dengan cairan yang amat sakit, maka hindari tendaman itu dengan PUASA.
  • Aku adalah tempat Munkar dan Nakir datang untuk bertanya kepadamu, maka ready2 diri dengan mengamalkan perkara yang bakal ditanya.(soalan dah bocor)

Semoga dalam bulan Ramadhan ini dapat melatih diri ini untuk menyediakan bekalan untuk check in nanti serta hari perhitungan.




3.2.12

AGAMA vs FAHAMAN MINDA


Alhamdulilah, bertemu kembali di dalam entry yang baru..nampaknya kesempatan yang ada telah memberi peluang pada saya untuk berkongsi ilmu serta maklumat yang ada.

Pernahkah anda terlintas difikiran MENGAPA PERLU BERAGAMA? ADAKAH KEBENARAN DIPERLUKAN? ADAKAH TERDAPAT PELBAGAI HALUAN DALAM MEMILIH TUHAN? Persoalan yang nampak pelik pada awalnya tapi ini tidak bermakna kita perlu membiarkan saja tanpa jawapan.



Agama dan beragama merupakan fitrah semulajadi manusia sebagai santapan rohani. Setiap manusia pasti mempercayai wujudnya satu kuasa yang mencipta, mentadbir serta mengatur alam kerana ianya amat mustahil apabila sesuatu itu tercipta tanpa pencipta. Meskipun beragama itu fitrah manusia, terdapat juga sesetengah golongan yang menolak konsep beragama dan melahirkan fahaman-fahaman yang lain.





Pelopor kepada fahaman Positivisme iaitu Auguste Comte mendakwa bahawa agama itu lahir disebabkan kebodohan manusia. Menurutnya, perkembangan pemikiran manusia bermula daripada kebodohan manusia berkenaan ekosistem cakerawala ataupun rahsia alam. Beliau mengatakan, pada masa dahulu, manusia primitif tidak dapat mengetahui dan menerangkan rahsia alam seperti bagaimana turunnya hujan dan bagaimana berlakunya gempa bumi. Oleh itu mereka menyandarkan bahawa terdapat kuasa ghaib yang perlu dihormati, ditakuti dan di sembah. Namun selepas dunia berganjak moden dan manusia berfikiran matang, agama sudah tidak diperlukan kerana semua rahsia alam dapat diketahui satu persatu melalui ilmu sains dan teknologi. Ternyata turun hujan bukanlah disebabkan kuasa ghaib tetapi disebabkan penyejatan air yang berlaku.




Golongan seterusnya ialah pihak yang mendakwa agama adalah produk penguasa yang digunakan untuk kepentingan semata-mata antaranya ialah Karl Marx. Beliau mendakwa bahawa agama adalah alat ciptaan penguasa yang diberikan kepada rakyatnya yang tertindas supaya rakyat tidak memberontak malah asyik, leka dan terhibur dengan pelbagai doktrin dan kepercayaan yang dimuatkan dalam agama tersebut. Menurut golongan ini, agama akan hilang selepas masyarakat itu berkembang menjadi masyarakat sosial yang tidak mempunyai perbezaan kelas sosial, ekonomi dan politik. Akhirnya, tidak wujud perbezaan lagi di antara penguasa dan rakyat, kaya dan miskin dan sebagainya.

Tidak kurang juga mereka menganggap agama adalah punca kemunduran sesuatu kaum. Hal ini kerana agama menyekat dan menghalang manusia daripada terus berkembang mengikut perubahan masa. Bagi mereka, agama adalah penjara yang memenjarakan manusia daripada melakukan sesuatu yang diingini.




Teori seterusnya pula mengatakan bahawa agama lahir disebabkan perasaan takut kepada Tuhan dan kematian. Pelapor teori ini ialah Bertrand Russell. Berdasarkan teori beliau, manusia beragama kerana jiwa mereka lemah. Mereka takutkan Tuhan dan kejadian selepas kematian seperti pembalasan dan seksaan. Namun sekiranya manusia berani, sudah tentu agama tidak akan muncul. Oleh itu, manusia zaman sekarang sudah berani dan tidak pernah takut pada perkara tersebut dan akhirnya agama juga tidak diperlukan. Agama akan terkubur dan terhapus sebagaimana terhapusnya perasaan takut dalam diri manusia zaman sekarang.

<< ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ >>

Jika kita lihat kepada teori-teori di atas, ternyata mereka sebenarnya tidak memahami agama dalam erti kata sebenar dan mereka belum menghayati kelazatan agama yang hakiki. Sebenarnya agama sangat diperlukan oleh manusia dan manusia tidak dapat hidup tanpa agama. Merujuk kembali kepada teori-teori di atas, hakikatnya teori-teori tersebut masih tidak begitu tepat.

Teori yang dikemukakan oleh Auguste Comte yang mendakwa agama hanya untuk mereka yang bodoh adalah tidak dapat diterima kerana sejarah sendiri menyaksikan sarjana dan cerdik pandai juga mempercayai agama seperti Albert Einstein, Hegel, Rene Descartes dan sebagainya. Malah penganut agama menjadi lebih matang dan berilmu selepas beragama.

Beralih pula kepada teori yang mengatakan agama adalah produk penguasa juga tidak boleh diterima pakai. Ini kerana rata-rata penguasa juga mengikuti agama. Jadi siapa pula yang menciptakan agama untuknya? Selain itu, sudah terbukti semua negara termasuk negara sosialis terbesar dunia seperti Soviet Union juga tidak mampu menghapuskan agama walau dengan apa cara sekalipun.

Teori Bertrand Russell juga tidak tepat dan bercanggah dengan realiti. Teori ini mendakwa perasaan takut yang menimbulkan agama. Pendapat tersebut tidak dapat diterima kerana kebanyakan manusia semakin kuat dan berani selepas beragama. Selain itu, perasaan takut terhadap Tuhan juga tidak akan timbul melainkan selepas mengenal Tuhan. Sebagai contoh, kita tidak akan takut mendekati singa melainkan kita mengetahui sifatnya yang garang maka kita akan takut. Begitulah takut kita kepada Tuhan selepas mengenal Tuhan dan sifat-sifatnya.



Hakikat semulajadi yang tidak mampu disangkal lagi. Manusia sangat memerlukan bimbingan dalam kehidupan sebagai santapan minda dan rohani. Teramat rugi bagi manusia yang menolak agama kerana menganggap diri mereka moden sedangkan kemodenan zaman tidak menghalang untuk beragama dan beragama bukanlah dilihat sebagai sesuatu yang kuno.