Showing posts with label LEPAK. Show all posts
Showing posts with label LEPAK. Show all posts

13.1.14

Duhai Pendakwah

Assalamualaikum wbt...



Teruskan berjalan.....
Andai penat,
Cukuplah sekadar berehat,
Jangan berhenti berjalan,
Walau langkah terasa penat.

Perjuangan ini satu jalan yang panjang,
Tiada penghujungnya,
Jalannya menyaksikan perginya pejuang,
Dan datang yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Itulah lakaran perjalanan sunnatullah.

Andai penat,
Berehatlah seketika,
Bangkitlah bila sudah mampu,
Teruskan langkamu,
Menuju jalan jihad,
Moga Allah Redha.

Credit <Syakirah Ali>

Bangkit Tumpaskan Kegagalan

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan untuk meluangkan sedikit masa untuk menukilkan apa yang ingin diperkatakan. Oleh itu, kesempatan ini marilah sama-sama berzikir subhanallah alhamdulillah Allahuakbar.


Alangkah indahnya hidup ini jika setiap yang kita inginkan mendapat kejayaan. Namun perancanganku hanya sebagai Hamba Allah yang mampu merancang dan berusaha tetapi kekuasaan dan perancangan Allah adalah yang terbaik.


 Hari ini kegagalan yang dihadapi bukanlah kegagalan yang pertama. Aku termenung dan berfikir      sejenak.. Apakah usaha, doa dan tawakal yang dibuat selama ini demi mencapai satu hasrat itu cukup? Apakah ini satu ujian daripada Allah? Kadang2 aku terfikir kenapa aku yang diuji sedemikian? Apabila akal fikiran ini dipandu ke arah yang negatif maka pasti kejatuhan yang dihadapi. Sekiranya akal fikiran ini digunakan sebaiknya pasti ilmu yang telah dipelajari dan digunakan dapat mengatasi apa jua masalah yang dihadapi dengan positif.



"Percaya kepada diri sendiri adalah tiang budi pekerti yang utama. Yang sanggup memikul hanya orang yang kemanusiaannya tinggi."

"Percaya kepada diri sendiri menimbulkan kekuatan kemahuan dan kehendak."

"Menimbulkan usaha sendiri, dengan tidak mengharapkan orang lain"

"Percaya kepada diri sendiri menyebabkan kemenangan hidup"

(Prof. Dr. Hamka, Falsafah Hidup)

Kata2 ini dapat membangkitkan semangatku untuk bangun dari kegagalan. Dalam hidup ini banyak kegagalan yang kadang2 tidak diingini. Namun kegagalan itulah mengajar untuk terus kuat dan bangun.

Kata pepatah "gagal sekali bukan gagal selama-lamanya" . Pada mereka pernah merasai kegagalan janganlah cepat mengangkat bendera putih sebelum berjuang. Bagi para pendakwah, janganlah cepat merasa dakwah itu gagal sekiranya ditentang atau tidak diterima.



10.10.13

KASIH ANAK KEPADA IBUNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dalam dunia yang sementara ini. Terima kasih banyak-banyak kepada pengunjung santai blog ustaz selama ini. 

Kali ini saya membawa anda semua yang ingin sama-sama menambah saham untuk bekalan pada masa akan datang dengan salah seorang hamba Allah yang bernama Che Esah Bte Ismail. Saya sangat tersentuh hati bila seorang anak yang baru berumur 15 tahun datang dengan berbekalkan rm50 dari Johor dengan menaiki bas untuk berjumpa dengan crew bersamamu.

Marilah sama-sama membantu meringankan beban ibunya yang sedang menghidap penyakit barah otak dan jantung. Ibunya sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk kadar segera.

Che Esah bt Ismail
0147750386
No 57B, Jalan Masjid, Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru

BOLEH BANK IN DUIT KE 

AKAUN BSN 
CHE ESAH BT ISMAIL
01001410000156879

KREDIT GAMBAR: BERSAMAMU TV3
SUMBER: CERITA


27.5.13

JUALAN TUDUNG UNTUK IBU DAN ANAK 1

assalamualaikum semua....

Haaa... post ni untuk wanita-wanita jak...untuk lelaki boleh baca tapi tak boleh beli untuk diri sendiri...nak beli untuk ibu,adik perempuan, mak cik2 atau awek bolehlh...hehe..

Sekarang sudah anda mereka yang membuat tudung untuk wanita2 supaya mudah untuk memulakan langkah untuk berhijab sejak kecil lagi...

tak nak membebel banya...so jangan lupa like pages FATIHA untuk cara pembelian atau nak share2...



  syukran semua yang singgah...

18.5.13

SHOPPING TUDUNG IBU & ANAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini mungkin korang yang ada adik perempuan tak pakai tudung sebab susah nak cari sama style untuk hari raya atau majlis-masjlis perkahwinan. So.. sekarang dah ada jual dan banyak pilihan untuk melatih anak-anak atau adik perempuan yang masih kecil untuk biasa menutup aurat.


Sebarang pembelian boleh terus ke pages ===> FATIHA

*Jangan lupa like pages dan SHARE

Semoga usaha ibu-ibu atau saudara saudari untuk ke arah lebih baik mendapat keredhaan Allah dan diberi kekuatan untuk terus istiqomah dalam perkara2 yang baik. ^_^

20.4.13

26.3.13

SHARE AND WIN SHAWLS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 


Shawl halfmoon paddlepop yang comel ini akan diberikan kepada orang yang bertuah!
HOW???
Just SHARE status dengan komen yang menarik.
Mudahkan???
(sila pastikan facebook anda tidak private untuk dipilih pemenang)
Pemenang akan diumumkan pada hari Selasa minggu hadapan.
<3 2April 2013 jam 9 malam <3

Like Pages===> Sweet Corner
Share Post===> Share and Win Shawls

Good Luck semua. Semoga anda lebih berkeyakinan untuk menutup aurat sebagai seorang wanita.









10.12.12

Neraka Dunia

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejatera semua

Lama dah aku tak update blog ni. Maklumlah tenga cuti2 Malaysia.. so far sapa yang cuti tu cmna? ok tak cuti? Aku cuti ni busy sikit, tu yang tak dapat update sangat. Tangan di bahu mata ke atas 

Oklah berbalik semula..tak nak membebel panjang sangat cuti2 ni... Now aku dah dengar lagu terbaru dari Pay Per Clips. Actually bagi aku lagu baru dorg ni memg best dan masa dorg kuarkan lagu baru ni memg sesuai dengan situasi kat Gaza sekarang. 

Jom LAYAN!!!!


Hope korang semua boleh enjoy!

Jangan lupa doakan saudara-saudara kita yang berada di Palestine

15.9.12

AKAN ADA PELANGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Santai2 sebelum buat esaimen...ngam lgi ada lgu yang best untuk aku dengar...so layan...

Aku memang berbeza,
Aku tak sepertinya,
Dia punya segalanya,
Aku tak punya apa...

Kini aku sendiri,
Tapi tak kusesali,
Cukup cintaNya bagi ku,
Cukup Dia buat ku...

Kini aku kembali,
Kembali padaMU,
Mencari cintaMu Tuhan,

kerna...Engkau,
Pemilik segala,
Cinta indah didunia..




SO bolehlah dengar lagu2 group ni kat youtube.

Boleh like Pages fb PAY PER CLIPS

Follow blog PAY PER CLIPS

12.8.12

4 KALIMAH DALAM HIDUP MANUSIA


Assalamualaikum dan salam ramadhan..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup dan marilah kita sama2 bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Sedar atau tak sedar dalam kehidupan kita tidak dapat lari dari 4 kalimah seperti dinyatakan oleh professor Hamka.


Kalimah yang pertama adalah MAKAN. Percaya??? Tak percaya tu macam ada masalah sikit kot..hehe... Apa tak nya...dri lahir dah mkn jak kerja....mula2 di tahnik guna kurma. Tak cukup dengan yang tu da lagi kenduri. Betulkan???


Kalimah yang kedua adalah TIDUR. Pasal ni lagilah no komen. Tak boleh disangkal tidur juga adalah satu nikmat yang sangat besar dalam hidup. KLIK ==> HADIS TIDUR . 


Kalimah yang ketiga adalah ketawa. Tapi ketawa juga ada batas, jgn smpai lebih dos plak. Nnti hati jdi gelap...ngeh2...Daripada Abu Hurairah r.a Nabi Muhammad S.A.W bersabda "sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis" Riwayat al-Bukhari.<300 hadis bimbingan>

Kalimah yang keempat adalah MATI. Hal mati adalah noktah bagi kehidupan di dunia. Jadi harta2 yang di bawa banyak atau sikit ke akhirat??? Semua tu kita tentukan sendiri.

kredit to google 4 images.

8.8.12

HIDANGAN DAGING PAYAU DI HARI RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup.


Mari rakan2 sekalian yang berminat untuk membeli daging payau sebagai juadah di hari raya nanti.

Sebarang maklumat boleh berhubung secara lansung dengan admin IZMAEL AR ENTERPRISE

*credit to google images

16.5.12

JASA MEREKA YANG SANGAT BERMAKNA

Mulakan dengan baca basmalah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah hari ini dibagi kesempatan untuk terus hidup di dunia. Maaflah sebab lama tak update. Macam aku selalu update sangat . Tapi sekarang ni aku sendiri pun tengah minggu exam..so tak jugak da mood untuk update. Namun hari ini ada pula semangat...bukan apa hari gurukan...



Jadi nak ucap selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru2 ni...hope guru2 ni terus dapat mnyampaikan ilmu bagi membentuk seorang manusia ke arah kebaikkan dan berguna dalam kehidupan. Tapi jasa guru2 aku yang lama tak boleh dilupakan. Tanpa mereka sapalah aku pada hari ini. Guru ini adalah seorang insan yang banyak didik aku sendiri start aku dari tadika,sekolah rendah,sekolah menengah n smpai smbung lgi study skrg. 

Sapa ada kesempatan bolehlah ucapkan selamat hari guru...walaupun tak dapat bagi hadiah untuk dorang..bagi ucapan guna msej pun mesti dorang gembiralah..Sekarangkan maju dah...tak yah lagi nak men pos2 surat...

Tapi kita jangan lupa untuk mendoakan semua guru2 yang pernah mengajar kita supaya mereka berada dalam keadaan sihat dan terus tabah melayan karenah murid2nya..bagi yang dah meninggal dunia kita doakan agar mereka berada dalam kalangan orang2 yang soleh dan solehah di akhirat kelak serta mendapat syurga Allah. 



عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له

Maksud hadis :
  
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Semoga pahala guru2 yang telah meninggal dunia tetap berjalan dengan ilmu yang telah disampaikannya..

"SELAMAT HARI GURU"

rujukan: HADIS
*credit to google images utk gambar

3.5.12

YANG PERGI TAK KEMBALI LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup dalam dunia ini.

Entry kali ini hanya ringkas, walaupun anda sudah tahu mengenai hal ini. Oleh kerana aku lambat online hari ini, tu lah lambat dapat maklumat.



Apa pun kita sedekahkan al-Fatihah serta doa kepada arwah Bob Kuman (Husni Mohd Rawi) telah meninggal dunia jam 4:38 pm sebentar tadi.... Kamu adalah orang yang hidupnya membuatkan orang lain gembira dengan tawa ria walaupun hidup kamu sengsara dalam kedaifan. Bukan kamu seorang, ramai yang telah pergi sebelum kamu juga begitu. Nilai seni dalam memancarkan tawa pada wajah manusia nilaiannya rendah sangat di sini. Selamat kembali untuk kamu, semoga di tempat itu, ada yang ramai yang boleh buat kamu pula tertawa. Alfatihah Bob Kuman. Kini jenazahnya berada di C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum ini aku ada menulis entry untuk sama2 membantu beliau<klik sini>.
Mungkin ada di antara pembaca blog ini yang sudi menderma sedikit wang. Semoga Allah memberkati usaha kalian. Namun Allah lebih sayang kepada arwah dan ingatlah setiap yang hidup pasti akan mati.

Marilah sama2 kita berdoa agar arwah berada dalam kalangan orang2 yang soleh. Semoga perkara ini menjadi peringatan aku agar lebih bersedia dengan bekala sebelum aku pergi meninggalkan dunia ini.


layan lagu untuk akhir entry kali ni....


SUMBER



10.3.12

RILEKS.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

santai2 petang ni...layan dan hayati pesanan ulama'


10.1.12

DUGAAN KECIL

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih lagi doberi kesempatan untuk hidup di dunia yang dimiliki oleh Allah swt. Walaupun kurang sihat tapi mungkin ada hikmah disebalik kesakitan yang dialami yang mungkin aku tidak ketahui.

Kali ini tak mampu untuk menyampaikan ilmu..hanya sekadar santai2 entry jak... Nak kongsi lagu yang aku dengar kat youtube nyanyian OPICK. Banyak lagu dari dia aku dengar malam ni.. Lirik lagu dia memg best dan bila dengar pun rasa tenang serta dapat menyedarkan aku terutamanya tentang KEMATIAN @ KEMBALI PADA ALLAH SEMULA.



Lirik Lagu Opick – Bila Waktu Telah Berakhir

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi


Lirik Lagu Opick – Nyanyian Sepi



Langit bumi jadi saksi setiap detik yang berlalu
Hitam putih gelap terang di alam dunia
Semua wajah kan diuji dengan sesuatu yang dicintai
Harta benda dan segalanya semua kan binasa

Reff:
Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang dipunya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu

Tiada bisa manusia mengulur sang waktu
Bila tiba masa datang maut menjemputmu
Semua yang di mata semua yang cinta
Semua yang dibangga akan hilang akan sirna

Back to Reff:

Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat
Maka dia tidak akan di balas melainkan sebanding dengan kejahatan itu
Dan barang siapa mengerjakan amal yang soleh baik laki-laki maupun perempuan
Sedang ia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk surga
Mereka diberi rizki di dalamnya tanpa hisab

Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian …
Back to Reff:

Layannnnn..ok sekian...

9.11.11

CUTI CUTI CUTI

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Entry kali ini nak mengatakan bahawa aku akan bercuti sekejap dari dunia blogger ni untuk fokus kat exam....hari ini ada 1 paper bi jam 8.30 am - 9.45 am. smbung esk lagi hari khamis paper arab msa sama jgak..

Pastu minggu depan hari rabu jam 2.30 - 3.45 pm dan last exam hari khamis jam 8.30-9.45 am. Wish me luck for all paper exam yang aku ambil. Insya Allah kalau panjang umur aku akan sambung balik dalam blog ni untuk menyampaikan ilmu yang aku ada kepada anda.


Bagi yang exam tu jgn lupa baca doa sebelum masuk ke dewan exam...

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

                           Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)Al-Kahfi: 10

Sekian.....

11.10.11

PALING BERAT DAN RINGAN

Assalamualakikum dan salam sejahtera kepada pengunjung....


Dalam kehidupan apa yang anda rasa paling berat? dan apa pula paling ringan??? Adakah rumah paling berat?? Kertas paling ringan??? Jawapan ada pada anda.








Tapi bukan tujuan saya untuk memperkatakan mengenai perkara tersebut, tetapi ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat time lepak2 kat suatu tempat. 

Perkara sebenar yang saya maksudkan paling berat ialah AMANAH dan paling RINGAN pula BERBOHONG.




KLIK " amanah " untuk maksudnya.



KLIK " berbohong " untuk maksudnya.

Mungkin bagi seseorang itu, dapat jawatan adalah satu perkara yang MENGEMBIRAKANNYA. Namun persepsi itu perlu diubah termasuk diriku sendiri kerana amanah adalah satu perkara yang sangat berat. Tapi kita tak dapat lari daripada amanah utama iaitu amanah sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Manakala benda paling ringan adalah berbohong. Benda ni senang jak untuk dibuat. Nak cakap benda ni tengok diri aku sendiri. Muhassabah kejap.....

Oleh itu, kesimpulan yang aku dapat berikan untuk hal ni ialah jangan kita menganggap sesuatu perkara itu adalah mudah terutama dalam tajuk ini adalah amanah. Semoga aku dapat mengambil iktibar dari apa yang aku tulis dan kepada pembaca yang budiman. 

1.10.11

AKU SAKITLAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Dalam kehidupan kita tidak terlepas daripada ditimpa penyakit. Tidak kiralah penyakit itu serius atau tidak. Namun penyakit itu sudak tentu akan menyebabkan aku merasakan tidak selesa, lemah dan hilang rasa selera makan. Namun aku tidak perlu memandang sakit itu adalah 1 BALA' daripada Allah kerana sihat & sakit itu datang daripada Allah. Tetapi adakah selama ini aku & PEMBACA merasakan sakit itu anugerah Allah kepada hamba-Nya??? tepuk dada tanyalah iman...

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai sesuatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecuali seorang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Sifat sabar ketika ditimpa penyakit antara ciri golongan yang ber-iman dan kesabaran itu akan mendatangkan kebaikan berupa ganjaran baik daripada Allah antaranya penghapusan dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu.

Abu Hurairah pernah bersama Rasulullah SAW menziarahi seorang yang menderita penyakit demam. Rasulullah bersabda kepada pesakit itu yang bermaksud: “Beritakanlah khabar gembira, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla pernah berfirman: Penyakit itu adalah api-Ku yang Aku timpakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia ini supaya dia dapat selamat dari api neraka pada hari akhirat nanti.”
 (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Ujian sering menyedarkan manusia terhadap kelalaian mereka selain menjadi bukti lemahnya diri kerana tidak mampu mengelak penyakit dikurniakan Allah. Ada ketikanya, sakit mengingatkan kita akan dosa dilakukan kerana ujian Allah juga disebabkan kesilapan dilakukan. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahanmu).” 
(Surah Asy-Syura:30) 


Semasa sakit tubuh badan menjadi lemah dan ada kalanya menyebabkan terhalang daripada melakukan amal ibadat. Walaubagaimanapun terdapat keistimewaan diberikan Allah kepada mereka yang sedang sakit, mereka tetap menerima ganjaran pahala bagi amalan biasa dilakukan ketika sihat. 

Contohnya, seseorang yang konsisten mengerjakan solat tahajud tetapi terhalang mengerjakannya kerana kesihatannya terganggu, dia tetap menerima pahala solat tahajud itu sepanjang tempoh dia sedang sakit. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba itu sakit atau dalam perjalanan (musafir), maka akan dicatat baginya pahala perbuatannya seperti yang dia kerjakan ketika mukim dan dalam keadaan sihat.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) 



Itulah beberapa ganjaran Allah kurniakan kepada hamba-Nya yang sakit. Imam Ibnu Qayyim dalam kitabnya Syifa al-‘Alil Masa’al al-Qadha’ wa al-Qadr wa al-Hikmah wa at-Ta’lil, mengkaji keistimewaan bagi mereka yang sakit dan mendapati ada lebih seratus faedah dapat mereka kecapi. 

Oleh itu, tidak hairanlah jika sesetengah generasi salaf melihat ditimpa musibah seperti sakit sebagai satu nikmat menggembirakan seperti gembiranya umat zaman ini ketika mendapat kemewahan hidup. 

Wahab Munabih berkata: “Sesungguhnya umat sebelum kamu, apabila salah seorang di antara mereka tertimpa bala, dia menganggapnya sebagai kemewahan dan apabila dia mendapat kemewahan, dia menganggapnya sebagai bala.” 



Semoga pendedahan ini dapat menjadi penawar hati bagi aku dan mereka yang sedang berduka kerana penyakit menimpa diri. Kini jelas bagi semua bahawa penderitaan sedang dialami sebenarnya ada nikmat serta anugerah besar pemberian Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 


sumber gambar dari google.

29.9.11

OBOR HEMAH





Guru adalah awan indah terbang rendah
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara insan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
kitab sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara;
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara darma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun
mewariskan dunia sebagai kutub khanah,
menyediakan kutub khanah sebagai dunia;
ia mengemudi biduk, melepaskannya
atas lambungan laut, merangsang
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih;
dan pada ketika tak tersangkakan
walau diambilnya kembali semua buku
sempat ditinggalkannya asas ilmu.

Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.



A. Samad Said
Kuala Lumpur..2 April 1988

15.8.11

TITIAN MUJAHID

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger.



Meniti pengakhiran belasan tahun,
Haluan belum ku temukan,
Belum ku tentukan.

Khabar gembira dari orang bangsawan,
Mengundang aku ke medan ini,
Kata orang rezeki jangan ditolak,
Bala' jangan dicari.

Saat aku terdampar di padang pasir,
Terpinga-pinga mencari haluan,

Impian ayah dan bonda ku sahuti,
Melangkah jua dengan harapan.

Pegangan mu,
Pegangan ku,
Tiada pegangan itu,
Tanpa bertuhan dalam hidupku.

Inginku kecapi hasrat yang satu,
Bagi menyuci kain putih yang kian pudar,
Rangkaian teman tidak ku sisih.

Putihnya kain ku rentangkan,
Putih jua kain yang mereka rentang,
Jatuh bangunku biar bersama mereka,
Agar bersama di jalan yang satu.

Amin Ya Rabb.

Sajak ini Hasil Nukilan Seorang insan yang bersama-sama ingin terus berada di jalan yang di Redhai Allah.Hack Cipta Terpelihara NSA 2011.