Showing posts with label AL-QURAN. Show all posts
Showing posts with label AL-QURAN. Show all posts

16.1.14

JENIS LAGU TARANNUM AL-QURAN

Assalamualaikum kepada pengunjung blog ni...


Hari ini nak kongsi sedikit tentang jenis-jenis lagu tarannum al-Quran. Kalau muzik pun ada jenis lagu dia contoh Rock, Indie, Ska, Irama Malaysia dan banyak lagilah. Lain orang lain minatnya. Jadi dalam membaca al-Quran pun ada lagu yang dibawa macam dalam pertandingan Tilawah Al-Quran tu. Cuma kalau tak tahu kita dengar sedap jak qari tu baca. So hari ini cuma nak kongsi jenis-jenis lagu al-Quran.

LAGU-LAGU AL-Quran

* Lagu Bayati atau Masri
* Lagu Soba
* Lagu Hijaz
* Lagu Nahawand
*Lagu Rast
*Lagu Jaharkah atau Jiharka
*Lagu Sikah atau Sika

Semunya ada 7 jenis lagu al-Quran. Semua ni ada cara bacaan yang tersendiri. OK..cukuplah untuk kali ini. Insya Allah lain masa sambung lagi pulak untuk terangkan sikit2 pasal lagu tu. 

HUKUM MAD LAZIM

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah hanya sedikit perkongsian mengenai tajwid yang ada dalam al-Quran. Semoga bermanfaat kepada semua. Insya Allah akan disambung lagi sesi perkongsian pada masa akan datang.


2.11.12

JENIS BACAAN AL-QURAN

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk hidup dalam dunia ini. Hari ini nak share sedikit ilmu berkaitan dengan al-Quran.


Korang tahu taka apa jenis bacaan yang korang guna time setiap kali baca al-Quran tu??? Kalau dah tahu Alhamdulillah dan bagi yang tak tahu aku nak share sikit. Tak banyak pun. So stay tune…

Jenis bacaan al-Quran yang pertama Al-Tartil. Jenis bacaan ni korang akan baca perlahan-lahan dengan penuh tawadhu’, tadabbur dengan memelihara hukum-hukum tajwid. 

Jenis yang kedua pula namanya At-Tadwir. Bila korang baca al-Quran tak laju tak juga slow sangat. Kira pertengahan punya lajulah. Bak kata orang sedanga-sedang punya laju.

 Last sekali jenis bacaan Al-Hadr. Mesti korang dah boleh agakkan. Bacaan ni mesti orang yang baca al-Quran tu laju. Tapi nak baca laju taka da masalah yang penting hukum-hukum tajiwid wajib jaga.

Dah habis pun. Semoga ilmu yang aku share ni walaupun sedikit tapi bermanfaat. Harap korang tahulah apa jenis bacaan yang diguna dan jaga tajwid tu tw….

credit to google images for the picture.

6.3.12

MUDAHNYA NAK BELAJAR AL-QURAN.... ^_^

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis sesuatu sebagai perkongsian kepada pengunjung semua. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengunjung yang sudi untuk menjadi teman setia blog ini.



Berbalik kepada tajuk.. saya hanya ingin mensyorkan kepada sahabat-sahabat yang ingin belajar membaca al-Quran tidak kira umur masih muda mahupun tua. Tetapi apabila saya melihat alat ini boleh membantu kepada mereka yang sudah lanjut usia ataupun susah nak mencari guru untuk belajar membaca al-Quran atau membaca huruf-huruf jawi atau sebagainya.

Sekiranya anda ingin tahu apakah benda tersebut boleh klik link ni ===> AL-QURAN




Sekiranya anda masih kurang tahu bolehlah tengaok video ini ==> HOT!!!




29.2.12

KAEDAH PENGAJARAN..

Assalamualaikum kepada semua....

Alhamdulillah kali ini masih diberi peluang untuk menukilkan sesuatu selepas belajar pada hari ini.

Di sini saya ingin berkongsi tentang kaedah pengajaran al-Quran yang anda guna ketika belajar dengan ustaz atau guru yang mengajar anda mengaji. Mungkin ada yang sudah tahu tentang perkara ini dan ada yang tidak tahu .

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan pada hari ini untuk mengajar al-Quran kepada mereka yang ingin belajar.

1) Kaedah Qiraati

Mula diperkenalkan pada tahun 1963 di Indonesia oleh Bapak Haji Dachlan Salim Zarkasyi. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk ‘Amma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm Othmani.

2) Kaedah Iqra'




Kaedah iqra' pula diasaskan oleh Haji As’ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra’. Mula diperkenalkan pada tahun 1984 di Indonesia. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh itu, seorang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit.

3) Kaedah Baghdadiyah




Kaedah ini adalah paling lama digunakan serta meluas. Kaedah ini berasal dari Baghdad. Kemudian diperkenalkan di Malaysia apabila kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Buku yang digunakan ialah Muqaddam. Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan.

4) Kaedah Hattawiyyah

Kaedah ini adalah kaedah berpandukan tulisan RUMI. Oleh itu, syarat utama untuk mengajar atau menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar tersebut boleh membaca rumi. Kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah terakhir dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak terus buta al-Quran. Kaedah ini bagi orang yang bukan ISLAM pun boleh pandai membaca jawi .

Oleh itu, anda boleh mengenal pasti kaedah apa yang dipelajari pada masa dahulu. Semoga ilmu ini bermanfaat dan kita dapat mengenali siapa pengasas serta masa kaedah ini diperkenalkan. Bak kata orang Tak Kenal Maka Tak Cinta. 

p/s: BAGI MEREKA YANG INGIN MEMILIKI IQRA' DI KOMPUTER ANDA SILA KLIK SINI ==> DOWNLOAD

1.10.11

BEZA AL-QURAN DENGAN QIRAAT.

Assalamualikum kepada semua pengunjung blog saya...

Kali ini nak kongsi kepada anda semua perbezaan di antara Al-Quran dengan Qiraat. Mungkin ada yang belum tahu apa itu qiraat. Namun akan diterangkan secara berperingkat-peringkat.

Adakah wujud perbezaan bagi kedua-dua ini???

Sebenarnya tidak ada perbezaan bagi al-Quran dan Qiraat. Hal ini kerana kombinas kedua-dua ini tidak boleh dipisahkan dengan makna al-Quran itu adalah Qiraat dan Qiraat itu adalah al-Quran. kedua-dua ini adalah menjadi ibadah umat Islam.

Maksud al-Quran ialah :

Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam Bahasa Arab melalui Jibril AS dan membacanya adalah ibadat.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa pendapat yang mengatakn al-Quran dan Qiraat mempunyai perbezaan.


1) Imam al-Zarkasy

Al-Quran ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah taala kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan keterangan dan mukjizat.
Al-Qiraat adalah kekhilafan pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz-lafaz yang ringan atau berat dan sebagainya.
Oleh itu, al-Quran dan Qiraat adalah berbeza.

2) Abu Khusyuei

Dalam bukunya Pengenalan Ilmu Qiraat- pendapat ini adalah kurang tepat kerana terdapat perbezaan di antara al-Quran, sedangkan al-Quran dan Qiraat adalah satu kombinasi wahyu. Walaupun masih ada di sana perbezaan dari sudut umum dan khusus, di mana al-Quran itu umum manakala Qiraat itu khusus al-Quran dan Qiraat tetap merupakan satu kombinasi yang tidak boleh dipisahkan.

SUMBER

12.7.11

CAKAP TAK SERUPA BIKIN



"Mengapa kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" – (surah al-Baqarah : 44)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." – (surah as-Shoff : 2-3)


28.3.11

DEFINISI AL-QURAN




BAHASA
takrif al-quran dari segi bahasa iaitu perkataan al-quran memberi maksud dengan bacaan. Lafaz al-quran ini adalah dalam bentuk masdar yang membawa maksud bacaan. Namun maksudnya ialah maf’ul yang bermaksud dibaca. Mengikut kaedah balagah, kebiasaanya disebut dalam min bab attalak almasdar ‘ala maful. Oleh itu, terdapat beberapa pendapat mengenai asal kalimah al-quran.
ULAMA PENDAPAT
PERTAMA: Al-Quran adalah sifat bagi al-quran dan bermaksud himpunan
KEDUA: Perkataan al-quran ini diambil daripada kalimah al-quran dan berbeza
KETIGA: Perkataan al-Quran diambil daripada kalimah qarana
KEEMPAT:Kalimah al-quran ini adalah dijadikan khas untuk al-quran itu sendiri.

Namun terdapat beberapa pendapat dalam memberi pengertian al-quran dari segi bahasa. “Pendapat pertama iaitu dari imam al-Syafi’i berpendapat bahawa perkataan al-quraan dieja dengan al-quran. Bukan dieja dengan ada huruh hamzah((ء. Hal ini kerana perkataan al-quran adalah perkataan yang khusus. Selain itu, terdapat juga pendapat yang kedua dari al-farra dan al-qurtubi. Mereka berpendapat bahawa perkataan al-quran ini berasal daripada perkataan al-qara’in yang memberi maksud tanda-tanda atau petunjuk. Hal ini kerana ada ayat yang membawa maksud yang sama dengan ayat-ayat yang lain. Manakala bagi huruf nun yang terdapat dalam perkataan al-qarai’in itu bukan huruf tambahan malahan itu adalah huruf yang asal. Bagi pendapat daripada al-asy’ari pula berpendapat bahawa al-quran berasal daripada perkataan qarana yang memberi maksud menggabungkan. Beliau berpendapat sedemikian kerana semua ayat dan surah dikumpulkan ke dalam satu mashaf. Selain itu juga, pengertian al-quran dari segi bahasa yang bermaksud bacaan. Perkataan itu adalah dari perkataan arab iaitu qira’ah dan memberi maksud dibaca bukan bacaan. Kita dapat melihat pada firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 17-18.



Maksudnya: sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.

27.3.11

FIKIR-FIKIRKANLAH


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Al-Hasy-r 59:21)