Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts
Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts

13.1.14

Duhai Pendakwah

Assalamualaikum wbt...



Teruskan berjalan.....
Andai penat,
Cukuplah sekadar berehat,
Jangan berhenti berjalan,
Walau langkah terasa penat.

Perjuangan ini satu jalan yang panjang,
Tiada penghujungnya,
Jalannya menyaksikan perginya pejuang,
Dan datang yang lain untuk meneruskan perjuangan.
Itulah lakaran perjalanan sunnatullah.

Andai penat,
Berehatlah seketika,
Bangkitlah bila sudah mampu,
Teruskan langkamu,
Menuju jalan jihad,
Moga Allah Redha.

Credit <Syakirah Ali>

Bangkit Tumpaskan Kegagalan

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah Allah masih memberikan kesempatan untuk meluangkan sedikit masa untuk menukilkan apa yang ingin diperkatakan. Oleh itu, kesempatan ini marilah sama-sama berzikir subhanallah alhamdulillah Allahuakbar.


Alangkah indahnya hidup ini jika setiap yang kita inginkan mendapat kejayaan. Namun perancanganku hanya sebagai Hamba Allah yang mampu merancang dan berusaha tetapi kekuasaan dan perancangan Allah adalah yang terbaik.


 Hari ini kegagalan yang dihadapi bukanlah kegagalan yang pertama. Aku termenung dan berfikir      sejenak.. Apakah usaha, doa dan tawakal yang dibuat selama ini demi mencapai satu hasrat itu cukup? Apakah ini satu ujian daripada Allah? Kadang2 aku terfikir kenapa aku yang diuji sedemikian? Apabila akal fikiran ini dipandu ke arah yang negatif maka pasti kejatuhan yang dihadapi. Sekiranya akal fikiran ini digunakan sebaiknya pasti ilmu yang telah dipelajari dan digunakan dapat mengatasi apa jua masalah yang dihadapi dengan positif.



"Percaya kepada diri sendiri adalah tiang budi pekerti yang utama. Yang sanggup memikul hanya orang yang kemanusiaannya tinggi."

"Percaya kepada diri sendiri menimbulkan kekuatan kemahuan dan kehendak."

"Menimbulkan usaha sendiri, dengan tidak mengharapkan orang lain"

"Percaya kepada diri sendiri menyebabkan kemenangan hidup"

(Prof. Dr. Hamka, Falsafah Hidup)

Kata2 ini dapat membangkitkan semangatku untuk bangun dari kegagalan. Dalam hidup ini banyak kegagalan yang kadang2 tidak diingini. Namun kegagalan itulah mengajar untuk terus kuat dan bangun.

Kata pepatah "gagal sekali bukan gagal selama-lamanya" . Pada mereka pernah merasai kegagalan janganlah cepat mengangkat bendera putih sebelum berjuang. Bagi para pendakwah, janganlah cepat merasa dakwah itu gagal sekiranya ditentang atau tidak diterima.



12.5.13

Bersyukurlah Wahai Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kata2 ni aku ambil dari video ceramah DR. Asri

13.12.12

Pesanan Mujahid Palestin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah rakyat Malysia yang pergi ke Gaza untuk misi ke sana telah selamat sampai ke Tanah Air semula. So bila aku tengok FB Aman Palestin ada seorang mujahid bagi beberapa pesanan.

1. Jaga hubungan dengan Allah swt kerana itu merupajan syarat kemenangan dan menjadikan menusia tidak takut melainkan hanya kepada Allah swt.

2. Jaga hubungan dengan manusia kerana dengan itu kamu akan merdeka. Merdeka yang dimaksudkan adalah kamu tidak membenci manusia dan manusia tidak membenci kamu,

3. Jaga hubungan dengan diri sendiri kerana pada diri kita terdapat hak yang perlu ditunaikan.

kiri: Abu Imad

sumber: Uzai Izzat & Aman Palestin

Semoga pesanan ini menajdi peringatan kepada diriku sendiri dan saudara yang lain.

25.6.12

PERGINYA SEORANG YANG AKU SAYANGI



Alhamdulillah syukur kepada Allah di kesempatan ini dapat lagi memberi peluang aku untuk terus hidup.

Mohon maaf kepada semua yang sudi singgah kat blog saya selama ini kerana tak ada update blog n crta yg tergantung tu.

Namun hari ini aku diberi kekuatan untuk menulis entry ni yang sangat istimewa bagi aku.
Dialah seorang yang sangat bermakna bagiku dan telah banyak mengajarku ketika aku masih kecil.


Senyuman insan ini adalah kali terakhir yang aku lihat sebelum aku kembali untuk meneruskan perjalanan untuk menuntut ilmu. Setiap kali aku ingin pulang, aku akan bersalam dengannya dan walaupun nenek aku ni dah tua tapi pesanan dia menusuk kalbu dan membuatkan aku bersemangat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Semoga Arwah nenek disemadikan dalam kalangan orang yang beriman.

Mohon jasa semua yang singgah untuk sedekahkan al-Fatihah.

Sekian sahaja untuk kali ini. "ingatlah wahai diriku, ajal mu pasti akan tiba selepasnya. Tapi adakah aku sudah melalkukan amal sebagai bekalan dihari akhirat kelak?"



22.5.12

BERILAH AKU PELUANG

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya dapat aku terus hidup dan berceloteh kat blog yang tak seberapa ini.

Namun aku tetap meneruskan untuk dalam dunia blog ini...semoga mendatangkan kebaikan kepada yang sudi untuk lawat-lawat dan terutama kepada yang dah follow. apa aku membebel ni.. ready untuk cerita pula...



Kisah mengenai hidupku dan keluarga... Aku adalah seorang ibu yang mempunyai seorang suami memanglah seorang jak takkan ada suami sampai dua, lainlah kalau suami ada 2-4 isteri  dan seorang anak lelaki dan anak perempuan. Hidup aku dan keluarga sangat best sebab harta aku ni banyak sebab suami yang kaya. Jadi hidup penuh dengan keseronokkan sebab boleh clubbing, shopping dan banyak lagi.


Nak dijadikan cerita, satu hari time aku kat rumah dan anak aku yang perempuan ni baliklah dalam keadaan mabuk sikit. Anak aku cakaplah padahal memang mabuk habis. Tiba-tiba..... rumah yang aku tinggal bergegar dan aku terjatuh lantas tidak sedarkan diri....

Bila aku buka mata, aku sudah berada di hospital. Aku pun tak tahu kenapa aku berada di sini ni. Bila tanya doktor rupanya rumah tempat aku dan keluarga tinggal telah runtuh akibat terkena tanah runtuh. Untung aku masih hidup lagi sebab dapat clubbing. (dah dekat hospital pun nak fikir pasal clubbing) Kemudian aku pun tanya doktor di mana suami dan anak-anakku.

Doktor pun jawab dan memberitahu bahawa....Nantilah sambung cerita ni lagi..dah panjang pula...kalau baca habis terima kasih....esok baru sambung balik cerita ni(kalau diizinkan).... ^_^

*kredit utk google images pasal gambar

10.4.12

CAKAP MEMANG SENANG, TAPI KESAN .....

"Bismillahirrahmanirrahim"

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus hidup. Hari ini cuma nak sampaikan sedikit ilmu yang ramai orang sudah tahu termasuklah diriku sendiri. Tapi....sebagai peringatan bersama terutama diri aku sendiri untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.



Tak sangka pulakan, hari ini senang jak untuk aku menyanyi(suara tak lawan artis) atau bercerita tentang sesuatu perkara. Contohnya cerita bola sepak, game ,nyanyi lagu yang popular sekarang ni dari sapa2 jak artisnya (yuna,bunkface)dan banyak lagilah. Tapi pernahkah aku mengingatkan diriku sendiri mahupun sahabat-sahabatku tentang satu kalimah yang sangat besar kesannya bila diamalkan. 

Imam al-Bukhari r.a. telah mengeluarkan satu riwayat yang bersumber daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. telah bersabda yang maksudnya:




*Klik gambar untuk melihat lebih besar.

Semoga aku dan sahabat-sahabt yang singgah dapat mengamalkan paling kurang pun sehari sekali kita cakap kalimah ni pun oklah. Tapi akan berbeza dengan yang ungkapkan kalimah ni banyak daripada aku sendiri. 

Sekian sahaja untuk entri kali ni. Semoga kita berjumpa dilain kesempatan dengan izin Allah.

"Selamat membaca dan beramal"

Sumber: Solusi 38
Rujukan: Sahih al-Bukhari

30.3.12

winner VS loser

..simple entry from a simple person..


The winner is always part of the answer,
The loser is always part of the problem.

The winner always has a programme,
The loser always has an excuse.

The winner says “Let me do it for you.”
The loser says “That’s not my job.”

The winner sees an answer for every problem,
The loser sees a problem for every answer.

The winner sees a green near every sand trap,
The loser sees two or three sand traps near every green.

The winner says, “It may be difficult, but it’s possible.”
The loser says, “It may be possible, but it’s difficult.”


>> our choice either to be WINNER or LOSER <<









soal hati..?



Sukanya ada entry baru :) terima kasih ya Allah kerana memberiku kesempatan untuk berkongsi lagi.. kali nie entry lebih santai, hanya memuatkan beberapa tanda anda sedang jatuh cinta..jom kita lihat :)


13) You can’t stay mad at her for more than a minute or two. You actually have to try HARD to stay mad.
12) You’ll read her over and over again.
11) You’ll walk really really slow while you’re with her.
10) You’ll feel shy whenever you’re with her.
9) While thinking about her, your heart will beat faster.
8) By listening to her voice you’ll smile for no reason.
7) While looking at her. You can’t see the other people around you. You can only see that person.
6) You’ll start listening to slow songs.
5) She becomes all you think about.
4) You’ll get high just by their smell.
3) You’ll realize that you’re always smiling to yourself when you think of them.
2) You’ll do anything for her.
1) While reading this, there was someone on your mind the whole time.


haaa..kamu ketahuan, pacaran lagi :) tuk yang baca entry nie, agak-agak sapa yang korang tengah fikir semasa baca 13 tanda nie kan? Apa-apa pun, bagi yang sedang jatuh cinta ataupun tengah hangat bercinta, peringatan dan muhasabah tuk kita semua, jagalah adab dan akhlak.

Bagi yang lelaki, jagalah wanita tersebut sekiranya anda berhasrat untuk jadikan dia sebagai suri hidup dan ibu kepada anak-anak anda. Bagi yang wanita pula, jagalah mahkota berharga yang anda miliki, sesungguhnya anda insan teristimewa yang diciptakan untuk melengkapi kehidupan seorang manusia bernama LELAKI..

5.2.12

Duhai Hati..


oUr life terus menukil tazkirah buat diri dan kawan-kawan :)

entry kali nie, sekali lagi berbicara soal hati tetapi bukanlah berkaitan perasaan dan emosi kerana saya akan berbicara soal PENYAKIT HATI iaitu SIFAT UJUB. Apakah sifat ujub tersebut? Sifat ujub adalah salah satu penyakit hati yang mendidik si pemilik hati supaya menganggap diri lebih baik, lebih mulia dan lebih segala-galanya berbanding orang lain. Penyakit hati ini mampu menghalang seseorang itu daripada menerima taufiq dan rahmat Allah SWT. Maka, di sini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk kita semua dalam usaha merawat hati masing-masing.




<< PERTAMA >> 
Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka masih suci dan belum bergelumang dengan dosa. Jika dibandingkan dengan kita, yang mana setiap langkah kita mampu menjeratkan kita kepada perkara-perkara mungkar.

<< KEDUA >> 
 Apabila bertemu dengan orang-orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih dahulu melalui kehidupan ini, lebih berpengalaman dan lebih awal beribadat kepada Allah SWT.

<< KETIGA >> 
Apabila bertemu dengan alim ulama, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka mempunyai ilmu yang lebih mendalam jika dibandingkan dengan kecetekan ilmu yang kita miliki.

<< KEEMPAT >> 
Apabila kita melihat orang-orang jahil, janganlah menganggap mereka lebih hina daripada kita kerana kejahilan itu. Sedangkan kita yang memiliki ilmu yang tinggi pun sering bergelumang dengan dosa apatah lagi untuk mengamalkannya.

<< KELIMA >> 
Apabila bertemu dengan orang-orang jahat, janganlah menganggap mereka itu hina selamanya. Sebaliknya anggaplah bahawa suatu hari nanti mereka akan bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT sehingga suci umpama bayi yang baru lahir.

<< KEENAM >> 
Apabila bertemu dengan orang-orang kafir, maka katakanlah di dalam hati bahawa suatu hari nanti dia akan insaf lalu memeluk Islam serta diampunkan Allah dosa-dosanya yang lalu. Jika dibandingkan kita yang lahir sedia Islam ini pun masih melakukan dosa dan kemungkaran.




Hati merupakan tunjang utama peribadi seseorang. Peribadi baik dan buruk adalah cerminan hati kita. Sama-sama lah kita mensucikan hati agar hati kita tidak terus menjadi hitam dan kotor. Jangan terlalu menganggap diri yang terbaik dan jangan pula memandang hina pada orang lain. SELAMAT MENCUBA TIPS :)  Insya Allah berkesan!

4.2.12

ANDA BELUM MATANG!



entry baru, entry baru..Alhamdulillah segala pujian diberikan kepada Allah SWT Tuhan semesta alam kerana masih memberi nikmat kehidupan kepada kita semua untuk terus berkongsi dan berbagi.





CINTA..Setiap manusia memiliki takrif cinta yang tersendiri. Masing-masing juga memiliki cara berbeza dalam melahirkan rasa cinta. Namun ada ketikanya, kematangan seseorang diketepikan bila berbicara soal hati. Hanya berlandaskan cinta, setiap perbuatan dipandu oleh hati dan emosi tanpa menggunakan kewarasan akal fikiran. Matangkah kita dalam mencorak percintaan? Jom kita lihat :) 

<<~~~~~~~~~~~~~~>>

ANDA BELUM MATANG.. 
sekiranya sanggup menghabiskan kad prabayar hanya untuk berbual dengan kekasih sedangkan duit untuk membelinya adalah kiriman ibu bapa.

ANDA BELUM MATANG..
 sekiranya rela menunggu berjam-jam di dalam cuaca hujan hanya untuk melihat gadis yang disukai melintas sedangkan anda solat ekspress selama 2 minit sahaja.

ANDA BELUM MATANG..
sekiranya sanggup memarahi dan menampar adik sendiri apabila membuat salah sedangkan perempuan yang dicintai memaki hamun hanya mampu tersenyum.

ANDA BELUM MATANG..
sekiranya sanggup meluangkan masa membaca novel yang beratus-ratus muka surat dalam sehari sedangkan Al-Quran sampai bertahun-tahun tidak dibelek.

ANDA BELUM MATANG..
sekiranya asyik terkenang wajah kekasih yang terpisah walau seminit sedangkan wajah ibu yang bertahun terpisah langsung tidak dirindu.

ANDA BELUM MATANG..
 sekiranya memakai pakaian yang cantik, smart dan berjenama untuk berdating sedangkan pakaian untuk solat lusuh giler!

ANDA BELUM MATANG..
sekiranya anda lebih kerap mengucapkan I LOVE YOU berbanding zikir dan istighfar dalam mengingati Allah.

ANDA BELUM MATANG.. 
sekiranya sabar menanti SMS untuk dibalas sedangkan hati pula gelisah menunggu ceramah agama habis.

<<~~~~~~~~~~~~~~~>>

Bagaimana percintaan kita? Seharusnya percintaan yang baik menjadikan kita lebih matang dan bertanggungjawab sebagai latihan dan persiapan untuk mengecapi nikmat hubungan yang sah di sisi Allah tetapi bukanlah membentuk diri bersifat keanak-anakan yang hanya melihat cinta, cinta dan cinta. Muhasabah diri kita, janganlah membelakangkan kasih sayang Allah SWT dan keluarga hanya untuk orang yang tidak halal. Sesungguhnya nikmat cinta nafsu boleh hilang bila-bila masa.






Bersederhana dalam semua perkara, berpada-pada dalam bercinta..Sesungguhnya cinta akan lebih bermakna selepas nikah..Kan itu lebih baik J