Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

10.10.13

KASIH ANAK KEPADA IBUNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dalam dunia yang sementara ini. Terima kasih banyak-banyak kepada pengunjung santai blog ustaz selama ini. 

Kali ini saya membawa anda semua yang ingin sama-sama menambah saham untuk bekalan pada masa akan datang dengan salah seorang hamba Allah yang bernama Che Esah Bte Ismail. Saya sangat tersentuh hati bila seorang anak yang baru berumur 15 tahun datang dengan berbekalkan rm50 dari Johor dengan menaiki bas untuk berjumpa dengan crew bersamamu.

Marilah sama-sama membantu meringankan beban ibunya yang sedang menghidap penyakit barah otak dan jantung. Ibunya sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk kadar segera.

Che Esah bt Ismail
0147750386
No 57B, Jalan Masjid, Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru

BOLEH BANK IN DUIT KE 

AKAUN BSN 
CHE ESAH BT ISMAIL
01001410000156879

KREDIT GAMBAR: BERSAMAMU TV3
SUMBER: CERITA


27.5.13

JUALAN TUDUNG UNTUK IBU DAN ANAK 1

assalamualaikum semua....

Haaa... post ni untuk wanita-wanita jak...untuk lelaki boleh baca tapi tak boleh beli untuk diri sendiri...nak beli untuk ibu,adik perempuan, mak cik2 atau awek bolehlh...hehe..

Sekarang sudah anda mereka yang membuat tudung untuk wanita2 supaya mudah untuk memulakan langkah untuk berhijab sejak kecil lagi...

tak nak membebel banya...so jangan lupa like pages FATIHA untuk cara pembelian atau nak share2...



  syukran semua yang singgah...

13.11.12

MARI MELABUR SAHAM

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua...

Alhamdulillah panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup dan terus menulis  di blog ini. 

Anda seorang yang kaya,sederhana atau miskin?
Jangan risau semua boleh untuk beramal dan memberi sedikit sumbangan atau bantuan.


Bagi mereka yang timbul persoalan yang bermain di minda kerana was2 dengan sekolah ini boleh layari blog Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Tuaran.

Sekiranya tak mampu untuk memberi sumbangan kewangan, sebar-sebarkanlah iklan ini. semoga amalan anda mendapat balasan di sisi Allah.

JOM layan UAI di OASIS 106

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Aku pun tak taw kenapa tak nak tido lagi mata ni padahal kepala dah pening2. Bila online Fb ada pula post gitaw pasal rancangan ustaz Azhar. Sapa yang tak kenal dgn UAI? asal dia bagi ceramah conform ramai yang datang tak kira peringkat umur..mat2 rempit pun pegi dtang skali tengok ceramah UAI.

Setelah lama aku sendiri tunggu UAI masuk tv untuk smpaikan ilmu, Alhamdulillah dah ada juga rancangan tu di astro Oasis.


 sama2 layan.. bagi yang boleh solat tu p solat jemaah dlu..boleh tengok ulangan. semoga semua mendapat ilmu yang disampaikan.

credit to UAI FB

6.9.12

JOM JADI SUKARELAWAN AMAN PALESTIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Alahamdulillah setelah lama tak update blog ni, hari ni nak update bagi promote kepada anda semua supaya sama2 untuk menjadi salah seorang sukarelawan bagi membantu mereka yang ditindas dan dibuat seperti binatang.


Jangan risau, isi borang ni tak payah bayar dan hanya perlu ambil masa dalam 1 atau 2 minit sahaja. Semoga kita dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan kita.

klik ====> ISI BORANG

14.7.12

MARI LABURKAN DUIT ANDA UNTUK MENJADI KAYA

Bismillahirramhmanirrahim

Alhamdulillah hari ini masih diberi peluang untuk hidup dengan izin Allah swt.

Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

Tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan rahsia mereka kecuali rahsia dari orang yang menyuruh (orang) bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan pendamaian di antara manusia. Siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan memberinya PAHALA yang BESAR. <surah an-Nisa' ayat 114>

Maka ketika mereka masuk ke (tempat) Yusuf, mereka berkata, "Wahai Al-Aziz! Kami dan keluarga kami telah ditimpa kesengsaraan dan kami datang membawa barang-barang yang tidak berharga, maka penuhilah jatah (gandum) untuk kami, dan bersedekahlah kepada kami. Sesungguhnya Allah memberi balasan kepada orang yang bersedekah". <surah Yusuf ayat 88>







Gambar di atas sudah cukup untuk anda mendapat maklumat yang ingin saya sampaikan.

Marilah sama-sama kita beramal dengan membelanjakan sedikit harta yang dimiliki untuk saham akhirat kelak. Sekiranya tidak mampu untuk seorang rm50 boleh bawa kwan share sama sampai nilai kumpul dengan kawan tu sampai rm50. Kemudian bolehlah membantu mereka untuk Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tanwirah.

Semoga Allah membalas kebaikan yang saudara lakukan.


Rujukan: Tafsir Qur'an Perkata (Dr. Ahmad Hatta, MA.)

Jemput lawat dan like page :-




1.4.12

BILA MASA AKU TAK BOLEH PUASA???

Assalamualakum wbt...


Alhamdulillah bersyukr ke hadrat  masih diberi kesempatan lagi untuk hidup di dunia ini.

Kali ni just nak share jadual jak....


* klik pada gambar untuk lihat lebih besar

Semoga jadual ini dapat menjadi panduan kepada sahabat-sahabat serta saya untuk beramal pada tahun ini selagi hidup.

*credit to someone yang dah share jadual ni.

11.1.12

CARA SELAMAT BELI BARANG ONLINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah kerana Allah masih memberi kesempatan untuk saya terus hidup dalam dunia ini serta dapat menaip untuk entry ini.



Hari ini harga barang banyak yang mahal bile kita tengaok di kedai-kedai. Namun kadang2 harga di kedai jauh mahal berbeza pula dengan barang yang ada dijual dengan online yang harga baran itu lebih murah dari di kedai.

Tida dinafikan bahawa saya sendiri pun kadang-kadang beli barang dari online. Cuma nak share tips supaya duit kita itu selamat bila beli barang online dan dapat barang diorder. Aku nak share tips ini pun sebab ada yang dah jadi mangsa bila beri barang online dapat LESUNG BATU sahaja. Barang dia order SAMSUNG GALAXY S tapi dapat lesung batu. Dia dah bayar ribu2 tapi dapat lesung batu yang berapa jak harganya.



TIPS2 BELI BARANG ONLINE.

1. Anda patut curiga jika harga barang terlalu murah.
2. Usahakan memberi barangan dari penjual yang berdekatan atau yang sama negeri dengan anda, bererti anda boleh pergi ke tempatnya secara terus.
3. Usahakan anda mempunyai kenalan yang berdekatan atau sama negeri dengan penjual, supaya rakan anda boleh membantu anda menyiasat kewujudan penjual berkenaan.
4. Usahakan supaya pembayaran sedapat-dapatnya dilakukan dengan cara tunai (COD) atau CashnCarry (CnC)
5. Hati-Hati terhadap desakan untuk segera melakukan pembayaran.
6. Belilah di tempat yang pernah di beli oleh rakan-rakan anda dengan tiada masalah.
7. Dapatkan dari Penjual yang memiliki Website / blog yang telah lama berada di internet.

SEMOGA TIPS INI DAPAT MENJADI PANDUAN KEPADA MEREKA YANG KAKI BELI BARANG ONLINE.

7.1.12

BANYAK UNTUNG MENANTI....

Assalamualaikum dan salam sejatera kepada pengunjung blog ni..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup dan diberi kekuatan serta kemampuan untuk menyampaikan maklumat sebagai perlongsian bersama.

Berkaitan dengan tajuk di atas, selama ni anda hidup tahu sangat banyak keuntungan yang kita akan dapat???



Anda tak percaya???

Saya akan ambil sepotong hadis yang bermaksud: "ALLAH MENCIPTAKAN 100 RAHMAT, SATU RAHMAT DIBAHAGIKAN KEPADA SELURUH DUNIAINI, SEDANGKAN 99 BAHAGIAN LAGI DIBAHAGIKAN DIAKHIRAT (DI DALAM SYURGA)" (RIWAYAT MUSLIM)

Sekarang anda tahu berdasarkan hadis di atas menunjukkan bahawa apa yang kita dapat di dunia ini HANYA 1/100 daripada rahmat yang diberi.

99/100 lgi di mana???

YAng selebihnya pastilah bila kita berada di syurga kelak. Firman Allah mafhumnya: "Sesungguhnya bagi orang bertakwa disediakan syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhanna."(surah al-Qalam 68:34)

*sumber
SOLUSI
*rujukan
al-Quran

14.11.11

TIPS SEMASA EXAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Nak share gambar tentang tips exam...Oleh kerana aku pun tengah dalam minggu exam dan kepada mereka yang nak exam terutama SPM n STPM..smoga korang semua berjaya nanti...



*KLIK GAMBAR UTK NAMPAK LEBIH BESAR

Sekian sahaja entry kali ini..Good luck sekali lagi kepada yang ambil exam...smoga dipermudahkan..

* gambar dri fb lecuturer.

1.11.11

3 GOLONGAN MANUSIA

Assalamualaikum....

Dalam kehidupan di dunia ini, sedar tak sedar kita telah dibahagikan kepada beberapa golongan. Tapi adakah anda mengetahui diri kita sendiri golongan yang mana????

Hidup demi dunia semata-mata.



Firman Allah dalam surah al-An'am ayat ke 29, maksudnya: " Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): "Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini saja, dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan"[467].


[467]. Maksudnya: jika mereka dikembalikan ke dunia, mereka akan mengatakan demikian.


Oleh itu, golongan ini ialah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.

Golongan yang percaya kewujudan akhirat...




Namun orang ini tidak berusaha untuk bekalan pada hari itu. orang-orang ini lebih suka bersuka ria dengan kehidupan di dunia dan tidak berusaha mencari bekalan untuk mereka lebih bersuka ria pada hari akhirat.


Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat.




Orang ini adalah orang yang berusaha lebih awal untuk menuai hasil yang telah dibuat di dunia. 32. Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka[468]. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? 

[468]. Maksudnya: kesenangan-kesenangan duniawi itu hanya sebentar dan tidak kekal. Janganlah orang terperdaya dengan kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat. 

(surah al-An'am 6:32)

Muhassabah diri aku sendiri serta anda kita golongan yang mana???

* Gambar : sumber dari google images
Sumber: SOLUSI 33
Rujukan : AL-Quran

28.10.11

DUIT Version 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca...

Sebelum lembaran 2012 datang, duit Malysia pun akan keluar design baru.



duit rm50 lama 1.


duit rm50 lama 2.



duit baru dari depan.



duit baru dari belakang.


1.10.11

DUDUK PUN BOLEH MEMBUNUH???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Adakah anda tahu duduk itu boleh membunuh??? Mari tengok gambar2 kat bawah ni cmana duduk tu boleh membunuh....












Sekian sahaja....
SUMBER

19.9.11

INFO ISLAM


Nama paling banyak digunakan di dunia?


Muhammad & Jack.

Satu-satunya di Benua Eropah?

Albania mempunyai 90% penduduk beragama Islam.


Bendera Albania 

Perkataan dari bahasa Arab?

Algebra, Zero, Sofa, Cotton, Rice, Balcony, Alcohol, Safron. Perkataan ini telah diserapkan ke dalam bahasa Inggeris.

Penambahan pernduduk Islam?

Orang yang memeluk agama Islam bertambah 2.9% setahun. Namun pertumbuhan penduduk bumi hanya 2.3% setahun. 

Kisah Musa & Maryam?

Musa A.S. salah satu nama yang sering disebut dalam al-Quran dan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam al-Quran.

sumber: Majalah dara.com

AKU NAK MAKAN BERSAMA APA EK???

Amalan Rasulullah saw:

  • Jangan makan SUSU bersama DAGING
  • Jangan makan DAGING bersama IKAN
  • Jangan makan IKAN bersama TELUR
  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan AYAM bersama SUSU
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Sebelum makan makan buah dahulu bukan selepas makan baru nak makan buah. Tapi inilah yang berlaku pada hari ini. 

Jangan makan makanan LAUT bercampur dengan makanan DARAT.

4.4.11

FAKTA TIDUR BERDENGKUR....

Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??


1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.

2. Lelaki lebih banyak berdengkur. - Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan.

Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.

Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.

3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur. - Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.

4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur. - Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.

5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.

6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.

7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut.

Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.

Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.

8. Berdengkur menandakan penyakit. - Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.

Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya.

Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. - Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.

10. Merokok menyebabkan berdengkur - Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur.


31.3.11

DR ASRI MENGENAI POCO-PCO

[TMI] KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.

Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.

“Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti “tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi.”

“Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan.

“Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan,” kata beliau.

Tegas Asri, pada asasnya semua urusan harian dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan kecuali jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut.

“Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan atau dimakruhkan.

“Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan,” katanya.

Cuma jelas beliau, jika ada unsur yang tidak baik, Nabi s.a.w menegur atau menapisnya dan sebab itu apabila baginda mendengar wanita menyanyi dengan lirik “di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.”

“Baginda bersabda 'jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'. Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah.

“Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar,” kata beliau lagi dalam kenyataannya.

Tambah Asri, Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini dan Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hari raya, baginda menegaskan, “agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan.”
“Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam.

“Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini,” tambah beliau.
Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.

Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.

Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang. - G Manimaran

SUMBER

APRIL FOOL





Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain. Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya?
Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja.
Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool—yang hanya berlaku pada tanggal 1 April—adalah hari di mana kita boleh sahaja menipu rakan, orang tua, saudara, atau orang lain, dan yang terkena tidak boleh marah atau emosi ketika sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.
Biasanya mangsa penipuan, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan tertawa atau membebel, dan tidak marah secara serius. Walaupun belum sepopular perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad terakhir memperlihatkan kecenderungan yang makin menebal didalam masyarakat kita. Terutama di kalangan anak muda.
Bukan mustahil pula, suatu masa nanti akan meluas ke masyarakat yang tinggal di kampung – kampung dan pedalaman. Ironiknya, masyarakat dengan mudah meniru kebudayaan Barat ini tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.
Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Fool, berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.
Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa kawasan pegunungan. Islam telah berjaya menerangi Sepanyol.

Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam.
Bukan sahaja membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka telah meninggalkan muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus menerus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun selalu gagal. Maka dihantar sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam Sepanyol.


Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, yakni dengan pertamanya melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara haram ke dalam wilayah Sepanyol.
Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai pasukan salib. Serangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus mengejar mereka. Ketika jalan jalan sudah sepi, tinggallah ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera salib mengetahui bahawa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.
Dengan lantang tentera salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.
Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api kelihatan menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya boleh terpaku ketika tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakanya terdiri dari para perempuan dan kanak-kanak yang masih kecil. Tentera salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diingati oleh dunia kristian setiap tanggal 1 April sebagai (The April’s Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.
Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan keatas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan semata.
Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seagama disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak patut juga ada orang Islam yang terikut merayakan tradisi ini.
Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka dia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, 5 abad yang lalu. Jadi, perhatikan sekeliling anda, anak anda, atau anda sendiri, mungkin terkena bungkusan jahiliah April Fool tanpa kita sedari.




26.3.11

MENGAMALKAN VEGETARIAN

Baru-baru ini telah tersebar risalah yang merupakan salinan terjemahan berkaitan Seruan Mengamalkan Vegetarian Oleh The Supreme Ching Hai International Association.

Risalah ini memuatkan beberapa saranan dan seruan Master Ching Hai yang merupakan Mahaguru pertubuhan ini ke arah gaya hidup yang lebih sempurna dalam usaha menyelamatkan dunia melalui pengamalan Vegetarian yang diamalkan oleh sesetengah agama. Seruan ke arah Vegetarian ini merupakan satu seruan yang telah dihantar ke seluruh dunia oleh The Supreme Master Ching Hai International Association di samping menyeru seluruh agama bersatu membasmi isu alkohol dan penyalahgunaan dadah.

Master Ching Hai berpandangan bahawa amalan Vegetarian dapat mengatasi dan membasmi masalah-masalah yang melanda dunia pada hari ini. Beliau telah memetik hujah-hujah berpandukan kitab suci agama-agama di dunia ini seperti hadith, petikan ajaran Buddha Tibet, falsafah Taoisme, ajaran Bahai, falsafah Cao Dai, Essene, Jainisme, Sikh, Zoroaster, Old Testament Yahudi dan lain-lainnya.
Pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh beliau dengan berasaskan dalil dan hujah berasaskan petikan hadith adalah menyimpang dari kebenaran kerana hadith yang dinyatakan tersebut mengandungi keraguan dari segi matan, maksud serta huraiannya yang tiada kena mengena dengan seruan Vegetarian sama sekali.

Bagi menjawab isu seruan Vegetarian ini, Presiden Islamic Relief Foundation (IRF) yang berpusat di Mumbai, India menyatakan di dalam bukunya 20 Most Common Questions About Islam berkata :
If every human being was a vegetarian, it would lead to overpopulation of cattle in the world, since their reproduction and multiplication is very swift. Allah swt in His Divine Wisdom knows how to maintain the balance of His creation appropriately. No wonder He has permitted us to have the meat of the cattle.

Pemerhatian awal terhadap isu ini, dapat disimpulkan bahawa hujah-hujah yang digunakan oleh Master Ching Hai dalam menyeru kepada amalan Vegetarian adalah tidak berasas apatah lagi huraian kefahamannya adalah jauh tersasar dari disiplin syarahan nas-nas agama.
Sebaliknya Al-Quran telah menghalalkan daging haiwan tertentu sebagai rezeki yang dikurniakanNya kepada manusia sebagaimana firman Allah menerusi surah Al-Maidah ayat 1 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang beriman. Tunaikanlah janji. Dihalalkan kepadamu (memakan) binatang-binatang ternakan kecuali yang akan disebutkan (pengharamannya) kepadamu. (Halalnya binatang ternakan tersebut bukanlah bermaksud) dibolehkan kamu berburu ketika kamu di dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Dia kehendakki.”

Firman Allah di dalam Surah An-Nahl ayat 5 :
“Dan binatang ternakan itu diciptakan olehNya untuk (diambil manfaat) sebagai pemanas tubuh (sebagai pakaian) dan untuk kamu makan.”

SUMBER: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA(JAKIM)