Showing posts with label IBADAH. Show all posts
Showing posts with label IBADAH. Show all posts
30.8.11
CARA MENYAMBUT HARI RAYA
1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik rh meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.
Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].
Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan.
Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ianya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].
3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt:
{وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن}
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].
4. Lafaz Takbir Hari Raya
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan:
1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua).
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.
6. Berpakaian baru/cantik di Hari raya
Daripada Jabir ra. katanya: “Nabi saw mempunyai satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].
7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah r.anhuma katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya: “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
8. Solat Hari Raya
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnyasunat muakkad, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama’semasa.
9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya
Daripada Ali bin Abi Tolib r.a. katanya: “Termasuk di dalam sunnah, mendatangi (solat) hari raya dengan berjalan kaki.” [Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghasakannya].
10. Zakat al-Fitr
Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal berdasarkan hadis Ibnu Umar r.’anhuma yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:وكانوا يعطون قبل الفطر بيوم أو يومين
Maksudnya: “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”
KESALAHAN DI HARI RAYA
1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya
Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidupkan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat khusus seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Adapun hadis yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya secara khusus ini adalah dhaif ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw. Hadis tersebut ialah:
من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Maksudnya: “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”
Hadis ini TIDAK SAHIH. [Ibnu Majah (1782) Kata Al-Busiri dalam al-Misbah (644): “Isnadnya Dhaif”].
Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga. Hanya disunatkan untuk bertakbir secara bersendirian disemua tempat.
2. Menziarahi Kubur pada dua hari raya
Perbuatan sebahagian muslim yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang tidak tepat dengan maksud dan syiar hari raya; yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.
Sedangkan perbuatan menziarahi kubur sebagaimana yang diajar oleh Nabi saw adalah untuk mengingati mati dan memberi keinsafan. Menjadikan ziarah tanah perkuburan sebagai agenda khas pada setiap hari raya, adalah salah dari segi konsepnya. Seperti hanya mengingati ibu bapa atau keluarga yang telah mati pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu sahaja, sedangkan sepanjang tahun itu sebelumnya, doa pun lupa untuk dihadiahkan kepada mereka!
3. Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya.
Ramai dikalangan kita telah mengambil mudah dengan hari raya. Bila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah 'hari free' iaitu hari yang terlepas dari ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan
22.8.11
21.8.11
18.8.11
16.8.11
BELUM HABIS POSA NAK BUAT OPEN HOUSE RAYA!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger..
DAH TGOK GAMBAR KAT ATAS???
Belum habis kita berpuasa dah sibuk nak buat rumah terbuka raya... Kita fikir2kanlah... Adakah sampai hari ini kita dah buat amalan yang banyak??? Sabarlah dulu...Walaupun raya pun stahun sekali tapi kita hargailah bulan yang penuh keberkatan ini iaitu bulan Ramadhan. Muhassabah diri sendiri. Peringatan untuk diriku juga.
15.8.11
11.8.11
HADIS MAUDHU' DAN DHAIF RAMADHAN 2
Ad–Dailami meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Tidur orang yang berpuasa itu adalah satu ibadat.
Hadith di atas adalah Maudhu’ kerana penyakitnya ialah Sulaiman bin ‘Amru , iaitu Abu Daud An-Nakha’i , seorang pembohong dan sangat terkenal mereka Hadith . Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Lebih daripada tiga puluh orang ( ulama hadith ) mengatakan ia mereka Hadith .
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jilid 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 478
HADIS MAUDHU' DAN DHAIF RAMADHAN 1
وهو شهر أوله رحمة,ووسطه مغفرة,وآخره عتق من النار
Bulan Ramadhan adalah sebuah bulan yang awalnya adalah rahmat,pertengahannya adalah keampunan sedangkan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.
Diriwayatkan oleh al-Mahamili dalam al-Amali no:50.,Ibnu Abi Dunya,al-Khatib dan Ibnu Asakir.
Hadith ini di dalam rantaian perawinya terdapat Sallam (Ibn Sulaiman Ibn Siwar)
Kata `Uqaili : Tiada asalnya hadith ini dari az-Zuhri
Kata Imam az-Zahabi di dalam Al-Mizan : Ibnu `Adiy berkata: Sallam ini mungkar hadithnya
Kata al-Albani: Hadith ini sangat dha`ifDi dalam sanadnya terdapat Ali b.Zaid b.Jad`an.Dia itu orang yang lemah sebagaimana dikatakan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.Kata Imam Ibnu Khuzaimah: "Saya tidak berhujjah dengannya disebabkan hafalannya yang lemah.(Lihat adh-Dho`ifah:871,1569),demikian pula kata al-`Uqaili
31.7.11
ISU NIAT SEBULAN
Assalamualaikum kepada semua pengunjung.
Pada permulaan bula Ramadhan ini terdapat persoalan bagi sesetengah orang sama ada boleh niat puasa ramadhan sebulan terus atau setiap malam??? atau pertanyaan tentang cara niat sekiranaya ada niat puasa sebulan..
Oleh itu saya akan berkongsi serba sedikit ilmu yang mengenai hal ini. Sebenarnya niat puasa sebulan memang dibolehkan. Namun niat puasa sebulan itu bukan dari mazhab Syafie' tetapi dari mazhab Maliki.
Sekiranya kita sudah niat puasa pada bulan Ramadhan untuk sebulan dan kita terlupa untuk berniat maka kita sudah ada niat untuk berpuasa sebulan itu.
sumber : klik sini
Pada permulaan bula Ramadhan ini terdapat persoalan bagi sesetengah orang sama ada boleh niat puasa ramadhan sebulan terus atau setiap malam??? atau pertanyaan tentang cara niat sekiranaya ada niat puasa sebulan..
Oleh itu saya akan berkongsi serba sedikit ilmu yang mengenai hal ini. Sebenarnya niat puasa sebulan memang dibolehkan. Namun niat puasa sebulan itu bukan dari mazhab Syafie' tetapi dari mazhab Maliki.
Sekiranya kita sudah niat puasa pada bulan Ramadhan untuk sebulan dan kita terlupa untuk berniat maka kita sudah ada niat untuk berpuasa sebulan itu.
sumber : klik sini
NIAT PUASA
MAKSUDNYA: "SAHAJA AKU PUASA ESOK HARI MENUNAIKAN FARDU RAMADHAN PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA'ALA"
RUJUKAN : ASAS-ASAS FARDHU AIN(USTAZ SULAIMAN ENDUT)
Subscribe to:
Posts (Atom)










