Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

24.12.12

Jom SHOOPING Sweater

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup di dunia dengan free of charge. tak payah nak fikir2 pasal bil yang datang tiap2 bulan.kin fening

Ok terus jak beceloteh pasal point utama. haa.. bagus juga FB ni sebab bagi mudah untuk tengok2 kalau nak shooping. Maklumlah sekarang ni ramai yang suka shooping online. Just klik, tengok2 mana yang berkenan dan bank in duit. Lepas tu dah siap. Tinggal tunggu barang kena pos sampai.

Tapi sebelum tu sapa nak shooping online ada tips. Ce baca dulu CARA NAK BELI BARANG ONLINE.

Dah baca tu bolehlah manfaatkan time shooping online dengan selamat.


Banyak pilihan warna sweater ni. macam2 ada... jom Shooping Sweater.


Nak Shooping Hoodies sweater yang pelbagai warna? klik jak ===>  jom Shooping

Gambar kat atas tu contoh sweater n hoodies sweater. Jadi mana2 perempuan yang minat nak beli bolehlah melepak kat pages Signoriz Tshirt

Bagi nak buat pembayaran korang copy jak order no. yang ada tu. Lepas tu klik jak ===> Nak bayar.

Ok... semoga happy shooping. Semoga bermanfaat kepada semua. Stop membebel.\

credit signoriz Tshirt Fans untuk gambar model tu.

Selamt bercuti sekolah. semoga bertemu di lain waktu. *Tutuplah aurat sebelum orang menutup auratmu.

30.10.12

Kaum Hawa Martabat Tinggi

Assalamualikum dan salah sejahtera semua..


Time2 exam ni sempat juga update2 blog ni...ish2... Tapi tak membebel panjang2 pula kerana aku nak sampai sikit jak kata-kata yang baik sebagai peringatan kepada kaum hawa. 


*KLIK GAMBAR UTK VIEW YANG LEBIH BESAR

Mood study pula lagi..k chow dlu ya.. 
syukran bagi yang dah baca.. kalau suka share2 jak.
Akhir kata macam aku bagi ucapan atas pentas pula  Assalamualaikum dan semoga Allah permudahkan sepanjang peperiksaan bagi yang exam tu.

credit to DOODLE MUSLIMAH 

19.10.12

ADAKAH AWAK WANITA ITU ????

 Assalamualaikum wbt...
 Sekian lama menyepi..hari ini aku tertarik dengan post dari FB "Bercinta Selepas Nikah".
 
Wanita solehah itu ibarat mawar berduri, bila didekati lelaki ajnabi, durinya menjadi perisai untuk memelihara diri, jangan kita tumpulkan duri kita hanya kerana ingin didekati insan bernama lelaki, kerana lelaki yang soleh hanya akan memilih mawar mawar yang tajam durinya, sahabatku muslimah, semoga kita lah mawar bertuah itu, kalau sekarang kamu sedang memperbaiki diri, InsyaAllah jodohmu juga sedang memperbaiki diri dan kalau sekarang kamu sedang menjaga hati, dia juga sedang menjaga hati, janji Allah itu pasti ♥
Semoga wanita yang berada di luar sana menjadi seperti ini..Insya Allah...di mana ada kemahuan di situ ada highway..opsss... di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
 Thanks All yang sudi singgah...
Semoga hidup mendapat keberkatan Allah
Copy jak dari FACEBOOK 
credit to Google images for the image

19.5.12

PERMUDAHKANLAH DIA....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,....

Alhamdulillah masih dibagi peluang lagi untuk terus hidup..

Hari ini aku sendiri mengalami masalah yang boleh diubah namun aku hanya insan biasa yang lemah dan tidak bisa mengubah semua keadaan itu.. Tapi syukur sebab mereka telah menutup kepala dengan jilbab. Langkah pertama telah dimulakan untuk menutup aurat.

Kemudian dengan usahanya dan dorongan dari rakan serta hidayah dari Allah kini dia mula melonggarkan pakaiannya yang dahulunya ketat macam nak bungkus buah nangka. Namun kini jadilah dia seorang wanita yang berjilbab dan tidak berpakaian ketat2. 

Tapi... masih ada yang buat dia ini masih kureng sikitlah. tapi jangan anggap dia ni tak bek..sebab dia sdah usaha untuk berubah dan menutup badannya.


Kadang2 dia begini. Sapa yang tak nak ketinggalan dengan fesyen. Aku sendiri suka ngn fesyen. Tapi adakah fesyen itu sesuai dengan syariah???

Pa kata layan dulu pengalaman seorang artis ni....


mungkin satu hari nanti dia pun akan menutup auratnya menepati kehendak syara' agar dirinya sentiasa terjaga daripada disentuh dan lebih dari itu lagi (na'uzubillah).

Aku doakan agar dia menjadi seorang yang jauh lebih baik dari sekarang dan terus istiqomah.aminnn

Sorilah semua kalau aku membebel pnjang....thanks yang sudi baca sampai habis sebab tak semua yang suka benda ni untuk baca sampai habis.

*cerita ini tak da kena mengena dengan artis tu n tak mention sapa2...cuma rekaan aku untuk dia...

SUMBER GAMBAR: NO1, NO2

16.1.12

APA AKIBAT TERHADAP ISTERI YANG BERZINA???



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini ingin berkongsi kisah yang saya dapat daripada sebuah blog mengenai seorang isteri yang berzina. Sebelum itu, saya mohon maaf kerana cerita ini panjang namun bagi saya perlu dibaca sehongga habis untuk mengetahui cerita tersebut.



Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.


“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.




*gambar sekadar hiasan

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.




Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Sebelum mengulas sedikit dari kisah di atas, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang sudi baca cerita ini sampai habis.

Semoga cerita ini memberi pengajaran dan peringatan kepada setiap manusia tidak kira lelaki atau wanita bahawa:

janganlah ingin menjadi kaya dengan melakukan sesuatu benda yang salah disisi Allah swt.

Azab Allah adalah sesuatu yang pasti sama ada di dunia atau di ahirat.

SUMBER: KLIK SINI

17.12.11

Alahai tudung yang ku pakai....

Assalamualaikum wbt...setelah sekian lama bercuti akhirnya diberi kesempatan untuk menulis entry baru blog ni...



*klik gambar untuk lihat lebih besar.

Kalau tengok gambar tu ada pesanan kepada wanita mengenai cara memakai tudung. Alhamdulillah sekarang semakin ramai wanita beragama Islam telah memakai tudung... Tapi tudung yang dipakai itu adakah telah menepati syarat??? fikir2kanlah duhai wanita...



sekian sahaja..selamat beramal..

31.10.11

WANITA & WANGI-WANGIANNYA


Assalamualaikum.....


Kali ni nak share ilmu2 sikit..... Bercakap pasal wangi-wangian ini, siapa yang tidak suka untuk menghidunya???? Tapi kadang-kadang orang yang memakai wangi-wangian ini melebih pula wanginya seperti nak ciumkan 1 tempat yang dia pergi. 

Wanita kalau nak pakai wangi-wangian ini tak salah pun. Tapi ada hadnya juga. Kalau wanita itu nak keluar jalan2 ke mall tu cukuplah ala kadar "secukup rasa" untuk tidak menyebabkan bau badan yang tak disenangi orang kat tepi dia hidu.

Tapi kalau nak pakai wangi-wangian ni melbih dari had boleh. Tapi bila????
Kalau nak guna yang melebih had, guna hanya untuk bersaama suami atau sama2 wanita sahaja.

Islam bukan melarang sesuatu itu tanpa sebab

. Jadi hikmah disebalik wanita itu tidak menyuruh wanita pakai wangi-wangian yang berlebihan kerana dapat mengelakkan bahaya zina. Manalah tahu ada lelaki yang tertarik kepada seseorang wanita itu kerana wangiannya itu. Allah berfirman dalam surah al-Isra' ayat 32 yang bermaksud "Dan janganlah kamu MENDEKATI zina. Sesungguhnya zina itu adalah 1 jalan yang KEJI dan suatu jalan yang BURUK". "MACAM2 BOLEH JADI PADA HARI INI". Hikma kedua dah cakap awal2 tadi iaitu tentang bau badan.

Kat bawah ni contoh2 minyak wangi..tapi ni pun tak habis lagi jenis minyak wangi yang ada sekarang...




SUMBER: Hadiah Buat Muslimah.
Sekian...

4.7.11

MENUTUP ATAU MEMBALUT AURAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda boleh melihat gambar di atas bagi yang tidak tahu mereka mesti tidak sedar yang diri mereka ini sebenarnya sekadar membalut aurat tapi tidak menutup aurat seperti yang telah disyariatkan oleh agama Islam. Oleh itu, dalam berpakaian perlu anda sedar wahai wanita seperti yang telah di kongsikan sebelum ini.

22.6.11

AKU SUKA STYLE BEGINI!!!

Assalamualaikum...



Adakah seseorang wanita itu tahu tentang ini???

01. Berpakaian ketat atau body fit.
02. Tudung tidak menutup dada.

03. Bertudung yang membalut leher sehingga nampak bentuk leher.
04. Pakaian nipis atau jarang.
05. Tidak melabuhkan pakaian sehingga menutup punggung.
06. Tidak menutup aurat kaki dengan stokin atau kain labuh.
07. Tudung sanggul ke atas seperti bonggol unta.


Jangan pula sampai jadi begini pula.


Jadi adakah seorang wanita itu telah menutup aurat dengan sempurna???

TAHU ATAU TIDAK TAHU??U

Assamualaikum semua...



Melihat gambar di atas sudah pasti anda kenal wanita tersebut kan??? Tapi bukan nak cakap mengenai wanita tersebut dalam perkongsian pada kali ini. Namun apa yang ingin saya katakan adalah mengenai cara seseorang wanita itu bertudung. Adakah bagi seorang wanita itu memakai tudung telah menepati syarat untuk menutup aurat??? Bagi seorang wanita anda pasti tahu bukan??itu bagi yang tahu dan yang tidak tahu saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya fikir perlu diketahui oleh seorang wanita yang bertudung. Tambahan pula pada hari ini pelbagai jenis fesyen tudung yang terdapat di pasaran yang menjadi idaman seorang wanita yang ingin mengikut arus kemajuan dunia dalam fesyen.

Tetapi saya bukan maksudkan Islam mengharamkan wanita itu untuk berhias. Namun ada batas bagi seseorang itu untuk berhias mengikut keadaan, masa dan sebagainya.Anda boleh lihat pada gambar2 di bawah ini.








Banyak lagi fesyen tudung pada hari ini. Namun renugkan pula gambar di bawah ini serta mesejnya.




Semoga bermanfaat kepada anda duhai wanita.