10.11.10

Kemahiran Jawi

Kaedah pembentukan perkataan

Untuk daftar ini huruf-huruf Jawi dan padanan-padanan Rumi yang digunakan adalah seperti yang berikut:

Huruf Jawi                          

Padanan Rumi


Huruf Jawi                          

Padanan Rumi

ا
A
غ
gh
ب
B
ف
f
ت
T
ق
K,q,(q)
ة
H,t (t)

ك
K
ث
S(th)
ل
L
ج
j
م
M
ح
H(h)
ن
N
خ
kh
و
W,o,u
د
d
ؤ
V
ذ
Z (dh)
ه
H
ر
r
ء
K (,)
ز
z
ي
Y,I,e (taling)
س
s
خ
C
ش
Sy(sh)
غ
Ng
ص
S(s)
ف
P
ض
D(d)
ض
G
ط
T(t)
ى
E (pepet)
ظ
Z(z)
ث
ny

ع
A,k(,)


                                                   
Padanan-padanan Rumi yang diberikan didalam kurungan ialah padanan-padanan yang digunakan untuk mengeja istilah-istilah pinjaman bahasa Arab

 Kata Masukan.
a. Kata dasar satu suku kata
Kata dasar satu suku kata tertutup yang mengandungi bunyi [a] dieja dengan tidak menggunakan huruf  alif untuk melambangkan bunyi tersebut,contohnya;
Bas
-
بس
Dal
-
دل
Dam
-
دم
Kad
-
كد
Pas
-
فس
Tas
-
تس
                                                           
 Jika perkataan satu suku kata itu tertutup berupa kata pinjaman Arab  yang  yang mengandungi huruf alif maka ejaannya dikekalkan,contohnya
am
-
عام
bab
-
باب
hal
-
حال

b.  Kata dasar dua suku kata
(i) kata dasar yang berdiri bebas,contohnya;

acar
-
اخر
bangsal
-
بغسل
bangsat
-
بغست
hodoh
-
هودوه
Lilin
-
ليلين
Wajik
-
واجيق
   
(ii) Kata dasar yang biasanya digunakan bersama-sama dengan berbagai-bagai    
     imbuhan dimasukkan hanya kata dasarnya sahaja,contohnya;

Anut
-
انوت
Asak
-
اسق
Bolot
-
بولوت
Eram
-
ارم
Rayau
-
راياو
Rayu
-
رايو
 

(iii)  Kata dasar yang tidak digunakan sebagai  kata bebas tetapi digunakan bersama
       - sama imbuhan dimasukkan bentuk berimbuhannya, contohnya;

kebajikan
-
كباجيقن
Kecamuk
-
كخاموق
Meleset
-
مليسبت
Pengaruh
-
فغاروه
Sebati
-
سباتي

(iv) Homograf iaitu perkataan yang ejaannya sama tetapi mempunyai makna  yang     
      berlainan,dimasukkan bentuk ejaan Jawi yang sama,contohnya;

amben,ambin
-
امبين
bela,bila
-
بيلا
biro,biru
-
بيرو
tembok,timbuk
-
تيمبوق

  
Seterusnya adalah bentuk ejaan jawi dapat menyelesaikan masalah homograf dalam tulisan rumi,contohnya

Ciri
-
خيري
Ceri
-
خري
Perang
-
فيرغ
Perang
-
فرغ
Gelang
-
ضيلغ
Gelang
-
ضلغ
Semak
-
سيمق
Semak
-
سمق

(v) Perkataan –perkataan yang selama ini dieja serupa dibezakan dalam daftar ini  
     contohnya;

Ejaan Lama                      
Ejaan Baru

Lantik
لنتيق
لانتيق
Lentik
لنتيق
Pantas
فنتس
فانتس
Pentas
فنتس
Rambang
رمبغ

رامبغ
Rembang
رمبغ

      (vi) Diftong ai dan au yang mengakhiri perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu    
           akan dilambangkan oleh  ي  ا     dan  و ا      ,contohnya:

gulai
-
ضولاي
Petai
-
فتاي
Tupai
-
توفاي
Garau
-
ضاراو
Lampau
-
لمفاو
Rayau
-
راياو

(vii) Semua perkataan bahasa Melayu yang diakhiri oleh bunyi glotal akan  dieja   
     dengan menggunakan huruf qaf,contohnya

baik
-
باءيق
Naik
-
ناءيق
Pokok
-
فوكوق
Songkok
-
سوغكوق

(C) Kata dasar tiga suku kata atau lebih
(i) Kata dasar yang berdiri bebas,contohnya;

Abadi
-
ابادي
Bendera
-
بنديرا
Cendekia
-
خندكبا
Geroda
-
ضرودا
Sebentar
-
سبنتر
 
(b)  Ada kata dasar tiga atau lebih daripada tiga suku kata yang terbina  hanya dengan   
      pertambahan suku kata baru pada  kata dasar dua suku kata contohnya;

acara
-
اخارا
Belajar
-
بلاجر
Belunjur
-
بلونجور
Sejurus
-
سجوروس
Sedikit
-
سديكيت

Perkataan serapan daripada bahasa asing.

(a)  Kata pinjaman  daripada bahasa  Arab yang merupakan istilah agama Islam dieja seperti ejaan asalnya dalam bahasa Arab contohnya;

Amil
-
عامل
Aidiladha
-
عيد الاضحى
Aidilfitri
-
عيد الفطرى
Wuduk
-
وضوء
Wuquf
-
وقوف

(b)  Kata pinjaman daripada bahasa Arab yang sudah menjadi kata-kata umum dalam bahasa Melayu dieja menurut bunyi bahasa Melayu,contohnya;
Ahli
-
اهلي
Izin
-
ايذين
Kertas
-
كرتس
Peduli
-
فدولي
Sabun
-
سابون
   
(c)  Kata pinjaman daripada bahasa-bahasa lain (misalnya bahasa Inggeris) dimasukkan dan dieja secara transliterasinya serta sedikit penyelarasan dengan kaedah ejaan  Rumi bahasa Melayu,contohnya;

Abstrak
-
ابسترك
Geometri
-
ضيوميتري

 Penulisan Kata Ulang
(a)  Kata ulang penuh dimasukan dan dieja dengan menggunakan simbol angka dua tulisan Arab((٢  untuk menunjukkan pengulangan,contohnya:

Abuk-abuk
-
ابوق٢
Anai-anai

-
اناي٢
Anting-anting

-
انتيغ٢
Biri-biri

-
بيري٢
Cumi-cumi
-
خومي٢

(b)  kata ulang yang mengalami perubahan bunyi dieja dengan menggunakan  sempang(-),contohnya:
bolang-baling

-
بولغ-باليغ  
celorong-celoreng

-
خلوروغ-خلوريغ 
cerung-cerang

-
خروغ-خرغ 
cobak-cabik

-
خوبق-خابيق 
serbah-serbih

-
سربه-سربيه  
                     




Pastikan anda mendapat buku panduan ejaan jawi terkini
Untuk mendapat lebih banyak contoh…
 
                      

                       Perbezaan Antara Ejaan Za’aba Dan Ejaan Yang Disempurnakan

Tulisan Jawi telah digunakan oleh orang-orang Melayu sejak sekian lama, namun tidak terdapat rekod yang menunjukkan adanya kajian mengenai tulisan Jawi yang dibuat oleh orang Melayu. Cuma pada pertengahan abad ke-20 ini telah muncul seorang pengkaji ulung bernama Za'ba (Zainal Abidin Ahmad). Beliau telah mengkaji penggunaan tulisan Jawi dengan mendalam. Za'ba telah mengumpul beribu-ribu perkataan Melayu dan usaha ini dijalankan sejak tahun 1918. Sumber perkataan itu diperolehi daripada Daftar Ejaan Rumi Kerajaan Negeri Persekutuan yang dikeluarkan pada tahun 1904. Pada tahun 1925, senarai perkataan itu disemak semula dan ditambah.  Za'ba sempat juga menulis satu makalah yang bertajuk Jawi Spelling yang diterbitkan dalam JMBRAS pada tahun 1928.

Za`ba telah menyusun buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi tetapi baru terbit pada tahun 1949. Seterusnya beliau berjaya menyusun sebuah buku Rahsia Tulisan Jawi pada tahun 1931.  Kemudian, beliau telah menyusun buku Pelita Bahasa Melayu Penggal I. Dalam kedua-dua buah buku ini, telah dibahas tentang padanan huruf Jawi dengan Rumi dan juga tentang sistem ejaan Melayu: Rumi dan Jawi. Dalam buku Pelita Bahasa Melayu I misalnya Za'ba telah menyenarai­kan huruf Jawi (dengan sebutannya sekali mengikut lafaz Arab), dan padanan huruf Ruminya (huruf kecil dan besar), selain bentuk-bentuk huruf yang digunakan pada pangkal, tengah dan hujung. Bagi huruf و (wau) dan ي (ya), Za'ba telah memberikan tiga padanan bagi setiap satunya, iaitu seperti berikut:

  1.  و : a) untuk wau(و) benar.
      b) untuk wau huruf saksi (vokal) O
      c) untuk wau huruf saksi (vokal) U

  1.   :يa) untuk ya (ي) benar.
     b) untuk huruf saksi (vokal) i
     c) untuk huruf saksi (vokal) e


Namun demikian terdapat beberapa banyak huruf Jawi yang diberi padanan dengan menggunakan gabungan huruf-huruf Rumi. Contohnya seperti yang berikut:
ث=th            خ=ch                            خ=kh
ذ=dz                           ش=sh            ض=dh
غ=gh           غ=ng                            ث=ny
Tentang huruf ق, pula diberi dua padanan, iaitu k dan q. Sedang­kan huruf  عdiberi padanan dengan tanda  (koma terbalik) sahaja. Hu­ruf ء yang wujud dalam senarai Marsden tidak ada dalam senarai Za'ba. Demikian juga huruf  ء tidak diberi padanan kerana bagi Za'ba  ءialah sejenis ا   yang berkuasa huruf benar dipakai di tengah dan di hujung rangkaian, dan digelar "alif bongkok"; pada tulisan Rumi ditandakan demikian (') .

.Pada dasarnya, sistem ejaan Za'ba berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu :

i.      Ekonomi
Ejaan ini menggunakan seminima bilangan huruf seperti perkataan maka, pada, daripada, kepada dan sebagainya.

ii.   Kepastian
Ejaan yang menimbulkan kesamaran sebutan, hendaklah diubahsuai ejaannya seperti menambah huruf saksi supaya lebih jelas bunyinya serta dapat mengurangkan kesamarannya.

ii.     Ramai Pengguna
Jika satu perkataan itu terdapat kelainan ejaan dan ramai penggunanya serta tidak menimbulkan sebarang kesamaran, kedua-dua ejaan tersebut boleh diterima pakai.

Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Sistem ejaan jawi yang disempurnakan berdasarkan sistem ejaan jawi Za`ba dengan beberapa perubahan dan penyesuaian yang tertentu bagi menampung perkembangan baru yang berlaku dalam bahasa Melayu. Dengan itu pada dasarnya sistem ejaan ini tidak menyimpang jauh daripada sistem ejaan Za`ba.  Pada tahun 1986 sebuah buku pedoman ejaan yang disempurnakan telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka di bawah judul Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan. Pedoman ini dihasilkan setelah selesainya penyemakan terhadap Daftar Ejaan Melayu Za’ba (1939) dan did al;amnya terkandung pedoman ejaan yang dikekalkan,dimantapkan,diubahsuaikan dan diperbaharui daripada Daftar Za’ba itu.   Pada tahun 1988 diterbitkan pula buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi .

Huruf-huruf Ejaan Jawi Yang Disempurnakan


ؤ dan ث  ف  ك  غ     خ
 
Huruf-huruf Arab diterima semuanya.  Demikian juga huruf-huruf jawi yang telah wujud selama ini.  Sebagai tambahan, satu huruf baru telah dicipta, iaitu huruf ؤ      (va) untuk transliterasi Jawi bagi huruf [v] Rumi.  Dengan itu, terdapat enam tambahan kepada huruf Arab asli yang sedia ada. Huruf-huruf tersebut ialah:   


Contoh Perbezaan Antara Ejaan Za`Ba Dan Ejaan Jawi Yang Disempurnakan


Kata
Ejaan Za`ba
Ejaan Jawi Yang disempurnakan

sembilan

sambilan
سمبيلن
سمبيلن
سمبيلن
سامبيلن

cangkung

cengkung
خغكوغ
خغكوغ
خاغكوغ
خغكوغ

kancing

kencing
كنخيغ
كنخيغ
كانخيغ
كنخيغ

kampung

kempung
كمفوغ
كمفوغ
كامفوغ
كمفوغ


Anda boleh mengamati perbezaan antara dua jenis ejaan di atas dengan merujuk kepada bahan-bahan tulisan jawi lama dan terkini. Perbezaan ketara antara dua jenis ejaan ini ialah pada pembentukan perkataan ataupun kaedah mengeja.

PERINGATAN: Bagi mendapat contoh yang lebih banyak sila dapatkan buku panduan ejaan jawi terkini.

4 comments:

  1. salam.. agar tidak mengelirukan pembaca, terutama bagi beginner.. diharap ustaz menggunakan font jawi dengan tepat. terutama bagi huruf yang sama:
    ۏ چ ڽ ڬ ڠ ڤ .
    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam,,,,terima kasih,,,akn diupdate msa akn dtg...smoga ilmu ini bermanfaat kpada smua

      Delete
  2. assalamualaikum.. blh ustaz cadangkan tak mengenai tajuk buku2 panduan jawi terkini. tq

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, terima kasih,, minta halal ye.. sebab saya buat rujukan ni.

    ReplyDelete