Showing posts with label MUNAKAHAT. Show all posts
Showing posts with label MUNAKAHAT. Show all posts

22.5.11

CARA MEMUKUL ISTERI YANG NUSYUZ.

Assalamualaikum.




Terdapat beberapa cara bagi memukul isteri yang nusyuz.

1) Tidak memukul sehingga mencacatkannya.

2) Memukul untuk memberi pengajaran dan menginsafkan isterinya.

3) Tidak memukul di bahagian yang sensitif.

4) Menggunakan alat yang tidak merbahaya ketika memukul.

PERBUATAN YANG DIKIRA NUSYUZ

Assalamualaikum.

Terdapat beberapa perbuatan yang membolehkan seseorang isteri itu dikira nusyuz.

1) Isteri yang keluar rumah tanpa meminta izin dari suaminya atas sebab mustahak.

2) Isteri yang tidak mahu melayan kehendak suaminya tanpa alasan seperti uzur.

3) Tida patuh kepada larangan suaminya seperti isteri membawa masuk lelaki yang tidak disukai oleh suaminya.

4) Ingkar perintah suami berlandaskan hukum syara'

MAKSUD NUSYUZ

Assalamualaikum....

Nusyuz dari segi bahasa ialah ingkar atau derhaka.

Manakala dari segi istilah pula ialah isteri yang ingkat terhadap suaminya dalam menunaikan tanggungjawabnya berdasarkan syariah.

6.5.11

NAK GUNA WALI HAKIM???

WALI HAKIM
Sebab seseorang perempuan menggunakan wali hakim untuk berkahwin.
 Tiada wali nasab.
 Wali aqrab tidak cukup syarat sebagai wali atau wali ab’ad tidak ada.
 Wali aqrab menghilangkan diri dan tiada wakilnya.

 Wali aqrab ditahan atau dipenjara.
 Wali aqrab tidak dapat dikesan.
 Wali aqrab dalam ihram.
 Wali aqrab enggan menikahkan.
 Wali aqrab menyembunyikan diri.
 Wali aqrab hilang dan tidak tahu tempat sama ada hidup atau sudah mati.

PERSOALAN WALI HAKIM 2

5) WALI ENGGAN
Para Fiqaha sependapat bahawa wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannnya, tidak boleh menyakitinya atau melarangnnya berkahwin walhal pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak.

Diriwayatkan dari Ma'qil bin Yaser, ia berkata:
"Saya mempunyai saudara perempuan, Ia dipinang oleh seorang pemuda yang mempunyai pertalian darah dengan saya. Saya kahwinkan perempuan itu dengan pemuda tersebut, kemudian diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk.

Perempuan itu ditinggalkan sampai habis idahnya. Tidak berapa lama kemudian, pemuda itu datang lagi untuk meminang, maka saya jawab, :` Demi Allah, saya tidak akan mengahwinkan engkau, dengan dia selama-lamanya.''

Peristiwa ini disampaikan kepada Nabi s.a.w. Berhubung dengan peristiwa ini, Allah s.w.t. menurunkan ayat Al-Quran:
Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa idahnya, maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin dengan bakal suaminya. (Al-Baqarah: 232).

Dalam sebuah hadis yang lain dinyatakan:
Ada tiga perkara yang tidak boleh ditangggungkan iaitu: Solat, bila telah datang waktunya, janazah bila telah terlantar dan wanita janda yang telah bertemu jodohnya.
(Riwayat At-Timizi dan Hakim).

Oleh yang demikian, perbuatan wali menghalang atau enggan menikahkan wanita tanpa ada alasan syarak adalah dilarang dan dianggap satu tindakan yang zalim kepada wanita itu.

Menurut Jumhur Fuqaha (Shafi'e, Maliki dan Hambali) apabila wali aqrab enggan menikahkan pengantin perempuan, maka wali hakimlah yang menikahkannya. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kalau wali-wali itu enggan maka Sultan atau hakim menjadi wali bagi perempuan yang tidak mempunyai wali. " (Riwayat Abu Daud dan At-Tamizi).

Dalam kes Azizah bte Mat lawan Mat bin salleh (1976, Jld.11.1JH) mengenai wali enggan di Mahkamah Kadi Perlis, Yang Ariff telah memutuskan, perempuan itu berhak mendapat wali Raja atau hakim untuk berkahwin.

Kadi ketika memutuskan kes itu menyatakan:"Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak mahu mewakilkan nikah anaknya kerana enggan atau berselisih faham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali Raja dengan alasan:

Pertama : Daripada Aishah r.a. Nabi s.a.w tc bersabda:
"Jika mereka berselisih, maka Sultan atau Rajalah wali bagi orang yang tidak ada wali.''
(Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tamizi).

Kedua: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar.(Riwayat At-Tamizi).

Ini bermakna wali yang enggan menikahkan seseorang perempuan tanpa alasan munasabah mengikut syarak, maka hak wali itu berpindah kepada wali hakim.

PERSOALAN WALI HAKIM 1

SOALAN:
Bila wali hakim boleh digunakan sebagai wali sekiranya ingin melangsungkan perkahwinan?
JAWAPAN:
Terdapat beberapa situasi yang membolehkan untuk menggunakan wali hakim sebagai wali bagi menggantikan bapa dan yang lain-lain mengikut susunan sebelum wali hakim.
1) TIDAK ADA WALI NASAB
Wali nasab adalah wali yang dalam kalangan keluarga mereka dan seangkatan dengannya. Sekiranya seseorang wanita itu baru memeluk Islam dan tidak ada saudara-mara yang beragama Islam maka dibolehkan menggunakan wali hakim sebagai wali dalam perkahwinan.
2) ANAK ANGKAT ATAU TIDAK TAHU TARAFNYA

Bagi anak angkat perlu menggunakan wali hakim untuk perkahwinan kerana tidak mempunyai nasab. Namun sekiranya anak angkat itu mempunyai wali nasab yang sah maka boleh digunakan.
Manakala bagi anak yang tidak tahu tarafnya kerana anak tersebut lahir sebelum perkahwinan sah dilangsungkan. Sekiranya anak tidak sah tarafnya maka perlulah menggunakan wali hakim.
3) WALI TIDAK CUKUP SYARAT
Wali hakim juga boleh digunakan dalam perkahwinan sekiranya wali aqral tidak cukup syarat. Tetapi tidak terus kepada wali hakim kerana perlu mengikut tertib wali.

Terdapat beberapa syarat sah untuk menjadi wali :
1) Islam.
2) Berakal.
3) Baligh.
4) Lelaki.
5) Adil.
6) Bukan dalam ihram.
4) WALI AQRAB MENUNAIKAN HAJI ATAU UMRAH
Berdasarkan kitab Minhaj Taibin dalam bab nikah ada menyatakan mengenai wali aqrab yang menunaikan haji atau umrah tidak boleh menjadi wali dan hak wali itu jatuh kepada wali hakim.
Oleh itu, bagi perempuan yang ingin berkahwin maka perlu menunggu sehingga wali itu pulang dari umrah atau haji atau menggunakan wali hakim sahaja.

27.3.11

PROSES PENCERAIAN BERDASARKAN MAHKAMAH SYARIAH

Menurut Mahkamah Syariah, terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan sebelum pencaraian berlaku. Oleh itu, suami atau isteri perlu menyerahkan tuntutan untuk penceraian kepada mahkamah. Semasa membuat tuntutan itu perlu memiliki beberapa akaun mengenai butir-butir perkahwinan , nama, umur dan jantina anak sekiranya ada daripada hasil perkahwinan mereka.
Selepas itu, mahkamah akan membuat satu surat sama bersama satu salinan permohonan itu. Surat ini adalah untuk mengarahkan pihak yang satu lagi supaya hadir ke mahkamah untuk menyiasat antara pihak itu setuju atau tidak mengenai penceraian itu. Sekiranya sakah satu pihak tidak setuju dan mahkamah telah menyiasat bahawa perkahwinan mereka tidak boleh diselamatkan. Oleh yang demikian, pihak mahkamah akan menasihatkan suami supaya melafazkan talak satu di hadapan mahkamah.

Kemudian, mahkamah akan merekod perkara talak itu dan menghantar salinan yang telah disahkan kepada Pendaftar dan Ketua Pendaftaran untuk didaftarkan. Prosedur yang seterusnya dalam proses penceraian mengikut mahkamah syariah ialah mahkamah akan menguruskan dalam pelantikan Jawantankuasa Pendamai daripada Pegawai Agama sebagai pengerusi dan merujuk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Hal ini berlaku kerana ada satu pihak yang tidak setuju dan mahkamah berpendapat bahawa mereka ada keberangkalian yang munasabah untuk mereka berdamai.
Semasa dalam jawatankuasa pendamai ini hanya terdapat lima orang dalam perbincangan itu iaitu seorang pengerusi, plentif,defenden dan plentif dan defenden dewakili setiap seorang dengan satu wakil. Sepanjang perbincangan ini hanya dalam tempoh enam bulan untuk menentukan sama ada pasangan ini akan rujuk atau cerai. Namun perkara ini masih tidak dapat diselesaikan dalam tempoh itu, pengerusi akan menulis surat kepada mahkamah bagi lelaki melafazkan talak.

7.2.11

TALAK BAHAGIAN 2

HUKUM TALAK


Terdapat 4 hukum talak yang perlu diketahui.

 WAJIB.

Bila talak ini kan jadi wajib? hal ini terjadi apabila terjadi sesuatu perselisihan di antara suami dan isteri sehingga tidak dapat diselamatkan atau tidak ada cara lagi yang boleh menyelamatkan rumahtangga mereka. Oleh yang demikian, pihak hakim merasakan talak sahaja dapat menyelesaikan masalah mereka ini.

SUNAT

Talak menjadi sunat pula sekiranya si suami tadi tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya. Selain itu, talak menjadi sunat sekiranya si isteri itu tidak dapat menjaga kehormatan dirinya.

HARAM

Bagi hukum talak menjadi haram pula apabila situasi isteri itu berada dalam keadaan haid atau isteri itu sedang dalam suci yang telah dicampuri.

MAKRUH

Bagi hukum makruh pula, ini adalah hukum asal bagi talak.

28.1.11

TALAK BAHAGIAN 1

Assalamualaikum...

Kali ini nak kongsi entry psal al kisah talak sebagai perkongsian ilmu. Talak / cerai ni masalah yang tak asing kalau kat negara kita. Tapi perkara ini bukan mudah untuk dilaksanakan kerana selagi dapat di selamatkan maka penceraian tidak akan berlaku. Dalam berita ini http://beritasemasa.com/kes-cerai-di-malaysia-meningkat ada memberitahu berkenaan statistik yang kes cerai ini semalkin meningkat saban tahun.

Maksud talak ini ialah memutuskan ikatan perkahwinan yang sah. Tetapi penceraian atau talak ini adalah jalan terakhir dan bukan ada masalah keluarga sedikit terus nak talak si isteri. Namun talak ini adalah sesuatu benda yang halal dan amat dibenci Allah. Rasulullah besabda yang bermaksud " SESUATU YANG HALAL DAN DIBENCI ALLAH IALAH TALAK"

9.1.11

kriteria-kriteria isteri yang terbaik








Assalamualaikum...




Kali ni nk crta psal tjuk kat atas tu plak....lagipun bagi sapa2 yang nk kahwin tu tinjau2 lah dulu informasi ini.
Sekiranya berguna ambil sebagai panduan hidup akan datang yang bakal mendirikan rumah tangga bersama insan yang dicintai.



“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi hadis diatas telah menyatakan beberapa ciri bagi bkal suami yang ingin memiliki teman hidup.
Selain itu, ada juga beberapa ciri yang lain seperti :-


  1. isteri yang patuh kepada ajaran agama.
  2. menjaga segala amanat dan pesanan suami sebaik-baiknya.
  3. menjaga kesihatan diri,lahir dan batin.
  4. memelihara kehormatan diri dan suami.
  5. menjaga rahsia suami.
  6. hormat dan sopan terhadap suami.
  7. jujur dan ikhlas.
  8. mengasuh dan mendidik anaknya seperti yang diajar dalam agama.
  9. bertindak dalam pengetahuan suami.
  10. tidak keluar rumah tanpa kebenaran dari suami.
  11. melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebaik mungkin walaupun sibuk dalam pekerjaan.
  12. cinta dan kasih kepada suami dibuktikan dengan perbuatan.
  13. berbincang secara baik dalam segala rumahtannga.
  14. menjaga rahsia suami.