Showing posts with label SEDEKAH. Show all posts
Showing posts with label SEDEKAH. Show all posts

10.10.13

KASIH ANAK KEPADA IBUNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera 



Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dalam dunia yang sementara ini. Terima kasih banyak-banyak kepada pengunjung santai blog ustaz selama ini. 

Kali ini saya membawa anda semua yang ingin sama-sama menambah saham untuk bekalan pada masa akan datang dengan salah seorang hamba Allah yang bernama Che Esah Bte Ismail. Saya sangat tersentuh hati bila seorang anak yang baru berumur 15 tahun datang dengan berbekalkan rm50 dari Johor dengan menaiki bas untuk berjumpa dengan crew bersamamu.

Marilah sama-sama membantu meringankan beban ibunya yang sedang menghidap penyakit barah otak dan jantung. Ibunya sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk kadar segera.

Che Esah bt Ismail
0147750386
No 57B, Jalan Masjid, Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru

BOLEH BANK IN DUIT KE 

AKAUN BSN 
CHE ESAH BT ISMAIL
01001410000156879

KREDIT GAMBAR: BERSAMAMU TV3
SUMBER: CERITA


23.4.12

DISEBALIK CERITA CROWLEY

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang untuk hidup. Hari ini nak bagi maksud cerita TITIK MENUJU HIDAYAH. Mungkin ramai yang kurang faha, apa sebebnarnya yang dimaksudkan daripada cerita tersebut. Bagi yang belum baca serita tu boleh klik TITIK MENUJU HIDAYAH tu.

Mungkin ada yang baca sampai 2 kali. Ada ka ek??? kalau ada tahniah buat mereka yang berusaha untuk memahami apa maksud cerita tersebut. Tak ada hadiah bagi yang baca lebih dari sekali

ok..now ni lah maksud cerita tu..tapi adakah saya dan anda termasuk dalam golongan Crowley atau tidak???


Maksud kisah ni sbenarnya tentang seseorang menganggap dirinya sebagai dermawan, suka bersedekah dan membantu orang. Tanpa disedari, sebenarnya orang tersebut sedang membunuh orang yang kita bantu, orang yang kita derma dan sedekah.  Aik??pa sbnrnya maksudnya ni???

saya simpulkan di sini, niat dalam melakukan sedekah. Sekiranya kita bersedekah tetapi sering berharap orang membalas budi baik kita. Kadang-kadang mulut berkata, "aku melakukan ini adalah ikhlas". Tetapi cara dan tujuan dalam memberi ternyata tidak sama dengan kata-kata yang diungkapkan.


Allah berfirman dalm surah al-Mudassir ayat 6 yang bermaksud: "Janganlah kamu memberi dengan maksud menerima balasan yang lebih banyak."

Ayat al-Quran tersebut menunjukkan bahawa manusia memiliki 1 kecenderungan iaitu mengharapkan imbalan atau balasan daripada perbuatan baik yang dilakukan.

So... harap anda semua faham...tak faham juga boleh komen... ^_^

*credit to ggogle images utk gmbar2 tu

19.4.12

TITIK MENUJU DUNIA SEDEKAH

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dan diberi kekuatan untuk terus menaip bagi berkongsi ilmu yang aku dapat kepada anda semua.

Hari ini terdetik pula hati nak tulis untuk memulakan tajuk baru dalam blog ni tentang sedekah. Ni lantaran daripada kisah Bob Kuman dalam entry aku sebelum ni.<KLIK SINI

Tapi ni baru intro jak...blum lgi msuk tentg ilmiah2.. nak bawa anda semua berfikir apakah sbenarnya maksud di sbalik kisah ni. Mula2 aku baca tak berapa faham sebab mind set tu dah lain. Tapi tak tahu pula anda yang baca.. Pa pun layan kisah ni.. jangan risau tak panjang sangat...


Kisah tentang seorang penjenayah yang bernama Crowley atau digelar Dua Senjata. Sebab dia dapat gelaran tu kerana seorang pembunuh dan perompak bersenjata yang tidak merokok dan minum arak yang berada dalam keadaan tersepit.

Setelah polis memburu Crowley ni akhirnya dapat mengetahui dia bersembunyi di apartmen kekasihnya. Seramai 150 orang polis dan ditektif telah mengepung tempat persembunyiannya. Kemudian mereka berusaha untuk memancing Crowley keluar dari rumah tersebut dengan membuat lubang-lubang di bumbung dan menggunakan gas pemedih mata. Polis yang lain juga ada mengepung kawasan tersebut dengan senapang. Lebih satu jam, kawasan tersebut bising dengan bunyi letusan senjata api. 

Crowley tak nak mengalah pula, dia balas balik tembakan polis. 10 ribu orang terpegun juga tengok pertempuran tu. Dahlah tak pernah berlaku kat tempat tu. Aku main game counter strike pun mati kalau begitu. 

Tak lama kemudian...si Crowley ni pu tertangkap juga akhirnya. Nak tahu sejarah dia ni??? sanggup membunuh walaupun sehelai bulu yang jatuh. LOGIK kA???



Sebelum ending cerita ni, si Crowley ada menulis sepucuk surat kepada yang berkenaan "Di sebalik pakaian saya ada seketul hati yang letih tetapi seketul hati itu baik dan tidak sanggup mencederakan sesiapa pun." Bayangkan masa ni Crowley menulis surat ni dengan berdarah-darah. Kemudian Crowley menarik picu senjatanya dan menembak seorang polis di dalam kereta. Selepas itu, Crowley melompat keluar dari kereta bila dia tengok polis dia tembak tadi tak sedarkan diri. Lepas itu, Crowley mengambil senjata polis itu dan menembak pula lagi polis yang tadi sambil berkata "Di sebalik pakaian saya, ada seketul hati yang letih tetapi seketul hati itu baik dan tidak sanggup mencederakan sesiapa pun".

Akhirnya sampai juga akhir cerita ni. Crowley pun dijatuhkan hukuman mati di atas kerusi elektrik. Tapi banyak pula cakap Crowley ni time sampai kat penjara. Tapi dia tidak kata macam ini "Inikah hukuman yang saya terima kerana membunuh?". Sebaliknya dia cakap "Inikah saya terima kerana membela diri?".

The end...

p/s: *Apa yang anda faham dari kisah ni?
      
*kredit kepada google images atas gambar dlm ni...