Showing posts with label TOKOH-TOKOH. Show all posts
Showing posts with label TOKOH-TOKOH. Show all posts

16.8.11

IMAM AS-SYAFIE v2


Dari segi peribadi & pendidikan imam As-Syafie

Peribadi Imam as-Syafie ialah seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi. Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan.
Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung. Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.

Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat. Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang. Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa
menolong orang yang memerlukan bantuan.

Manakala dari segi pendidikan Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun,beliau hafaz
Al-Quran. Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun. Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan. Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram. Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran. Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau 
membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian: 
i.1/3 malam untuk berehat. 
ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan. 
iii.1/3 malam untuk beribadat.
Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau
muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat
memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.

To be continued...

14.8.11

IMAM AS-SYAFIE v1

RIWAYAT HIDUP IMAM AS-SYAFIE




Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris. Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib. Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767
Masihi di Ghazzah, Palestin. Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya,Abdul Manaf. Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "Mazhab
Syafie". Imam as-Syafie meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.

26.3.11

IMAM ABU HANIFAH



Riwayat Hidup
 Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan dengan 699 Masihi di Kufah semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
 Nama sebenarnya ialah An-Nukman bin Thabit.
 Imam Abu Hanifah rahimullah berasal daripada bangsa Parsi.
 Beliau digelar "Abu Hanifah" kerana beliau sentiasa bersama tinta untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dipelajarinya.
 Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di dalam penjara ketika berumur 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad.
 Beliau adalah pengasas "Mazhab Hanafi".
Sifat-sifat Peribadi

 Imam Abu Hanifah mempunyai ilmu pengetahuan yang amat tinggi.
 Beliau berani menghadapi segala bentuk cabaran untuk menegakkan kebenaran.
 Beliau juga suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan tanpa mengira usia, pangkat dan darjat.
 Imam Abu Hanifah seorang yang rajin berusaha dan bercita-cita tinggi dalam hidupnya.
 Beliau seorang yang bertakwa kepada Allah S.W.T., warak, qana’ah dan tidak tamak pada harta kekayaan.
 Beliau juga seorang abid yang kuat beribadat dan berpegang teguh pada ajaran Islam.
Pendidikan
 Sejak kecil, Imam Abu Hanifah berminat mempelajari ilmu pengetahuan.
 Beliau sempat menuntut ilmu dengan beberapa sahabat nabi. Antaranya termasuklah Anas binMalik,Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas.
 Beliau juga menuntut ilmu daripada 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabi'in.
 Ilmu-ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu tauhid, ilmu Al-Quran dan ilmu hadis. Beliau juga mahir dalam bidang sastera.
 Imam Abu Hanifah telah berguru dengan seorang ulama iaitu Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun.
 Selepas gurunya meninggal dunia, beliau mengambil alih tempat tersebut untuk menyebarkan ilmu kepada orang ramai.
Sumbangan dan Jasa
 Beliau rajin menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai terutamanya dalam bidang agama.
 Imam Abu Hanifah seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis sehingga beliau dapat membezakan antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih.
 Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam kerana beliau banyak menggunakan akal fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum apabila perkara tersebut tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadis nabi.
 Berbekalkan kebolehan yang di milikinya dalam menghuraikan hukum-hukum fikah, beliau menyusun ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau juga menyusun kitab "Al-Faraid" (harta pusaka) dengan lengkap.
 Antara hasil-hasil karya peninggalan Imam Abu Hanifah yang terbesar termasuklah:
i.Fikah Akbar.
ii.Al-A'lim Wal-Mutaa'lim.
iii.Masnad, fikah Akbar dan lain-lain.
 Selepas beliau wafat, mazhabnya berkembang dengan pesatnya hingga ke Mesir, Syria, India, Pakistan China, Khurasan, Turki dan sebahagian daripada negara Asia Tengah.