25.6.12

PERGINYA SEORANG YANG AKU SAYANGI



Alhamdulillah syukur kepada Allah di kesempatan ini dapat lagi memberi peluang aku untuk terus hidup.

Mohon maaf kepada semua yang sudi singgah kat blog saya selama ini kerana tak ada update blog n crta yg tergantung tu.

Namun hari ini aku diberi kekuatan untuk menulis entry ni yang sangat istimewa bagi aku.
Dialah seorang yang sangat bermakna bagiku dan telah banyak mengajarku ketika aku masih kecil.


Senyuman insan ini adalah kali terakhir yang aku lihat sebelum aku kembali untuk meneruskan perjalanan untuk menuntut ilmu. Setiap kali aku ingin pulang, aku akan bersalam dengannya dan walaupun nenek aku ni dah tua tapi pesanan dia menusuk kalbu dan membuatkan aku bersemangat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Semoga Arwah nenek disemadikan dalam kalangan orang yang beriman.

Mohon jasa semua yang singgah untuk sedekahkan al-Fatihah.

Sekian sahaja untuk kali ini. "ingatlah wahai diriku, ajal mu pasti akan tiba selepasnya. Tapi adakah aku sudah melalkukan amal sebagai bekalan dihari akhirat kelak?"



2 comments: