Assalamualaikum kepada semua....
Alhamdulillah kali ini masih diberi peluang untuk menukilkan sesuatu selepas belajar pada hari ini.
Di sini saya ingin berkongsi tentang kaedah pengajaran al-Quran yang anda guna ketika belajar dengan ustaz atau guru yang mengajar anda mengaji. Mungkin ada yang sudah tahu tentang perkara ini dan ada yang tidak tahu .
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan pada hari ini untuk mengajar al-Quran kepada mereka yang ingin belajar.
1) Kaedah Qiraati
Mula diperkenalkan pada tahun 1963 di Indonesia oleh Bapak Haji Dachlan Salim Zarkasyi. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk ‘Amma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm Othmani.
2) Kaedah Iqra'
Kaedah iqra' pula diasaskan oleh Haji As’ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra’. Mula diperkenalkan pada tahun 1984 di Indonesia. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh itu, seorang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit.
3) Kaedah Baghdadiyah
Kaedah ini adalah paling lama digunakan serta meluas. Kaedah ini berasal dari Baghdad. Kemudian diperkenalkan di Malaysia apabila kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Buku yang digunakan ialah Muqaddam. Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan.
4) Kaedah Hattawiyyah
Kaedah ini adalah kaedah berpandukan tulisan RUMI. Oleh itu, syarat utama untuk mengajar atau menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar tersebut boleh membaca rumi. Kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah terakhir dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak terus buta al-Quran. Kaedah ini bagi orang yang bukan ISLAM pun boleh pandai membaca jawi .
Oleh itu, anda boleh mengenal pasti kaedah apa yang dipelajari pada masa dahulu. Semoga ilmu ini bermanfaat dan kita dapat mengenali siapa pengasas serta masa kaedah ini diperkenalkan. Bak kata orang Tak Kenal Maka Tak Cinta.
p/s: BAGI MEREKA YANG INGIN MEMILIKI IQRA' DI KOMPUTER ANDA SILA KLIK SINI ==> DOWNLOAD
* SUMBER
paling terbaru, kaedah baghdadi..ustaz zaki ajar..best.. :)
ReplyDeleteiya...btul tu.....smoga mndapat faedah dalm pmbljaran brsama ustaz zaki :)
ReplyDelete