5.6.11

BEGINI PENGHARGAANMU TERHADAPKU

Assalamualaikum....

Semakin hari dunia ini penuh dengan pelbagai masalah tidak kira yang tua mahupun yang muda. Namun orang tua aku telah banyak memberikan sumbangan yang sangat besar untuk membesarkan diriku sehingga menjadi anak yang berguna. Aku sangat bersyukur kerana memiliki orang tua yang sanggup berkorban demi melihat anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat.

Tetapi pada hari ini, adakah semua anak-anak yang membaca termasuk aku ini tergolong daripada anak yang bersyukur serta ingin membalas budi kedua orang tua ku atau yang menjagaku??? Kita muhasabah diri kita sendiri buat seketika......

Penulisan aku pada kali ini kerana sedih apabila membaca satu berita dari salah satu akhbar yang menyatakan cucunya memanggil neneknya sendiri dengan gelaran BABI. Sedangkan nenek itu telah menjaganya sejak kecil lagi seperti anak mereka sendiri. Tapi itu balasan yang diberikan olehnya???? Sungguh menyedihkan bagi diriku.


Semoga aku tidak akan tergolong dalam kalangan orang yang seperti itu dan orang yang sedemikian akan dibagi petunjuk dan hidayah agar bertaubat dari melakukan perkara sedemikian.

* Ingin membaca mengenai "CUCU IBLIS PANGGIL NENEK BABI SERTA BELASAH DATUK".

No comments:

Post a Comment