29.3.12

ADAB DAN HAK SEORANG TEMAN DAN SAHABAT

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah setelah lama bercuti dari berkongsi ilmu kini masih diberi kesempatan untuk menulis beberapa ilmu.

Hari ini ada segelintir individu yang mempunyai ramai kawan di serata dunia. Tapi tahukan anda adab dan hak sebagai seorang teman dan sahabat??? Di sini saya ingin berkongsi beberapa adab yang boleh saya dan anda boleh amalkan dalam kehidupan seharian. Insya Allah.



* Memberi salam ketika bertemu: 
* Menziarahi ketika sakit.
* Mendoakan ketika bersin.
* Sering menziarahi ke rumahnya kerana menghubungi persahabatan kerana Allah semata-mata.
* Membantunya ketika waktu susah.
* Menerima undangan jika diundang ke majlis atau ke rumahnya.
* Memberi tahniah pada bulan-bulan dan hari raya.
* Saling memberi hadiah pada upacara-upacara dan hari-hari tertentu.
* Membenci sesuatu yang tidak baginya sebagaimana anda membenci sesuatu bagi diri anda.
* Sama-sama bergembira ketika senang, dan sama-sama bersedih ketika dia bersedih.
* Hendaklah anda sentiasa memelihara nama baiknya ketika waktu hidup dan matinya.
* Hendaklah anda berbakti kepada anak isterinya serta kaum kerabatnya ketika hidup atau matinya.

Sumber: ustaz sulaiman endut ( 2010). ASAS-ASAS FARDHU AIN.

No comments:

Post a Comment