5.2.12

Duhai Hati..


oUr life terus menukil tazkirah buat diri dan kawan-kawan :)

entry kali nie, sekali lagi berbicara soal hati tetapi bukanlah berkaitan perasaan dan emosi kerana saya akan berbicara soal PENYAKIT HATI iaitu SIFAT UJUB. Apakah sifat ujub tersebut? Sifat ujub adalah salah satu penyakit hati yang mendidik si pemilik hati supaya menganggap diri lebih baik, lebih mulia dan lebih segala-galanya berbanding orang lain. Penyakit hati ini mampu menghalang seseorang itu daripada menerima taufiq dan rahmat Allah SWT. Maka, di sini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk kita semua dalam usaha merawat hati masing-masing.




<< PERTAMA >> 
Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka masih suci dan belum bergelumang dengan dosa. Jika dibandingkan dengan kita, yang mana setiap langkah kita mampu menjeratkan kita kepada perkara-perkara mungkar.

<< KEDUA >> 
 Apabila bertemu dengan orang-orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih dahulu melalui kehidupan ini, lebih berpengalaman dan lebih awal beribadat kepada Allah SWT.

<< KETIGA >> 
Apabila bertemu dengan alim ulama, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka mempunyai ilmu yang lebih mendalam jika dibandingkan dengan kecetekan ilmu yang kita miliki.

<< KEEMPAT >> 
Apabila kita melihat orang-orang jahil, janganlah menganggap mereka lebih hina daripada kita kerana kejahilan itu. Sedangkan kita yang memiliki ilmu yang tinggi pun sering bergelumang dengan dosa apatah lagi untuk mengamalkannya.

<< KELIMA >> 
Apabila bertemu dengan orang-orang jahat, janganlah menganggap mereka itu hina selamanya. Sebaliknya anggaplah bahawa suatu hari nanti mereka akan bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT sehingga suci umpama bayi yang baru lahir.

<< KEENAM >> 
Apabila bertemu dengan orang-orang kafir, maka katakanlah di dalam hati bahawa suatu hari nanti dia akan insaf lalu memeluk Islam serta diampunkan Allah dosa-dosanya yang lalu. Jika dibandingkan kita yang lahir sedia Islam ini pun masih melakukan dosa dan kemungkaran.




Hati merupakan tunjang utama peribadi seseorang. Peribadi baik dan buruk adalah cerminan hati kita. Sama-sama lah kita mensucikan hati agar hati kita tidak terus menjadi hitam dan kotor. Jangan terlalu menganggap diri yang terbaik dan jangan pula memandang hina pada orang lain. SELAMAT MENCUBA TIPS :)  Insya Allah berkesan!

3 comments: