6.5.11

PERSOALAN WALI HAKIM 1

SOALAN:
Bila wali hakim boleh digunakan sebagai wali sekiranya ingin melangsungkan perkahwinan?
JAWAPAN:
Terdapat beberapa situasi yang membolehkan untuk menggunakan wali hakim sebagai wali bagi menggantikan bapa dan yang lain-lain mengikut susunan sebelum wali hakim.
1) TIDAK ADA WALI NASAB
Wali nasab adalah wali yang dalam kalangan keluarga mereka dan seangkatan dengannya. Sekiranya seseorang wanita itu baru memeluk Islam dan tidak ada saudara-mara yang beragama Islam maka dibolehkan menggunakan wali hakim sebagai wali dalam perkahwinan.
2) ANAK ANGKAT ATAU TIDAK TAHU TARAFNYA

Bagi anak angkat perlu menggunakan wali hakim untuk perkahwinan kerana tidak mempunyai nasab. Namun sekiranya anak angkat itu mempunyai wali nasab yang sah maka boleh digunakan.
Manakala bagi anak yang tidak tahu tarafnya kerana anak tersebut lahir sebelum perkahwinan sah dilangsungkan. Sekiranya anak tidak sah tarafnya maka perlulah menggunakan wali hakim.
3) WALI TIDAK CUKUP SYARAT
Wali hakim juga boleh digunakan dalam perkahwinan sekiranya wali aqral tidak cukup syarat. Tetapi tidak terus kepada wali hakim kerana perlu mengikut tertib wali.

Terdapat beberapa syarat sah untuk menjadi wali :
1) Islam.
2) Berakal.
3) Baligh.
4) Lelaki.
5) Adil.
6) Bukan dalam ihram.
4) WALI AQRAB MENUNAIKAN HAJI ATAU UMRAH
Berdasarkan kitab Minhaj Taibin dalam bab nikah ada menyatakan mengenai wali aqrab yang menunaikan haji atau umrah tidak boleh menjadi wali dan hak wali itu jatuh kepada wali hakim.
Oleh itu, bagi perempuan yang ingin berkahwin maka perlu menunggu sehingga wali itu pulang dari umrah atau haji atau menggunakan wali hakim sahaja.

No comments:

Post a Comment