10.5.11

ADAKAH AKU SEORANG YANG BEGINI???

Pada hari ini kita lihat ramai orang yang berjaya dalam pelajaran. Saban tahun kita mendengar ramai pelajar yang bersaing antara satu dengan yang lain untuk mengejar kejayaan dalam peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain lagi. Alangkah bangganya keluarga bila mengetahui dalam ahli keluarga mereka ada yang menjadi pelajar cemerlang dengan mendapat kesemua A dalam subjek yang di ambil semasa peperiksaan itu.



Namun adakah kita sedari bahawa apa yang kita pelajari dalam seharian itu untuk diingati??? Jawapan ada pada anda. Pada hari ini ramai yang belajar tetapi belajar untuk lupa. Adakah anda setuju??? Terpulang kepada anda untuk bersetuju atau tidak. Namun harus kita ingat bahawa ramai yang belajar dan mendapat cemerlang dalam sesuatu peperiksaan. Tetapi selepas itu, banyak akan mereka lupa. Kita dapat mengetahui sekiranya ini berlaku mereka adalah seseorang yang belajar untuk lupa dan bukan untuk mengingat.


SEMOGA PELAJAR, ILMUAN DAN SESIAPA SAHAJA BIARLAH KITA BELJAR UNTUK INGAT DAN JAUHKAN DIRI DARI SIFAT BELAJAR YANG HANYA UNTUK LUPA.

2 comments:

  1. x semata-mata studi utk jwb exam...
    perlu diamal n ingat..=>

    ReplyDelete
  2. ya btul tu...kita bukan mnuntut ilmu utk exam tapi utk kgunaan dlm khidupn shrian...

    ReplyDelete